Menu Close

Sumbangan Makanan / Tahlil/ Kenduri / Fidyah / Solat Hajat / Katam Quran dll

Kami juga menguruskan program sumbangan makanan:

https://www.facebook.com/sumbanganmakanan/

Semasa ziarah maahad, madrasah dan sekolah agama, kami melihat keadaan mereka yang amat memerlukan.

Senarai agihan

15 Jan 2021 -Kg belakang Pendang dan Kg Alor Parit.Beras, Bihun, Megi, Roti 4 segi, Roti Azan cap Seri, Kicap, Sos, Bilis, Kopi, Teh dan duit dan mask.Duit zakat sebanyak RM1,200 utk 24 keluarga, setiap keluarga menerima RM50.Rata2 kerja kampung dan ada yang sakit kronik dan ada yang menjaga mereka yang OKU.Terima kasih banyak2 kepada bendahari masjid Hj Ishak dan Hj Halim permudahkan urusan.

31 Dis 2020 – Derang – Sebanyak RM2,400 duit zakat selamat diterima sebanyak RM100 setiap keluarga. Agihan kepada 6 kampung. Kampung Tembusu, Kg Bukit, Kg Baru dan kepada beberapa Ustaz di Perkampungan Derang.Barang2 sumbangan berupa beras, beras pulut, ikan bilis, roti 4 segi, roti bun, kopi, teh, kopi, telur, bihun, sos cili dan kicap.Ada yang oku, warga emas dan sakit. Rata2 kerja kampung.

11 Dis 2020 – Perik, Kuala Nerang pada Jumaat yang lepas. Banyak dengar kisah2 sedih dan kesempitan hidup 24 keluarga yang diziarahi.Sebanyak RM2,000 duit zakat diagihkan. Ada keluarga yang menerima RM50 atau RM100 bergantung kepada keperluan dan tanggungan. Barang2 asas harian seperti beras, ikan bilis, maggi, sos, kicap, telur, bihun, beras pulut, roti, biskut, kopi dan teh juga diserahkan.Terimakasih imam dan ajk masjid dan Ustaz Fauzi yang membantu.

27 Nov 2020 – Bukit Payung – 24 keluarga dari 3 Kampung iaitu Kg Palas, Kg Gelong Ayer dan Kg Mata Air di Khairiah Bukit Payong.Terima kasih kepada AJK Masjid Al Kausar, En Wahab, En Mat Desa, En Saad serta Imam Sheikh Mat Rani yg sediakan senarai penerima dan bawa pi ke setiap rumah.

6 Sept 2020 – Tualang – 27 keluarga di Kampung Tualang, Kebun 500.Sumbangan berupa beras, biskut, teh, kopi, gula, minyak, ikan bilis, roti, telur dan penutup muka. Setiap keluarga juga menerima RM50.Kebanyakan yang menerima tidak mempunyai kerja tetap, hanya kerja kampung. Ada yang ibu tunggal, ada oku.Terima kasih kepada Kumpulan En Nasir yang memudahkan agihan.

31 Aug 2020 – Kampung Natoi, Napoh. Sumbangan berupa beras, minyak masak, gula, biskut, telur, ikan bilis dan mask (penutup hidung).

17 Mei 2020 – Kampung Pelubang. Terima kasih Tn Hj Alias Bendahari Masjid tlg sampaikan kepada 24 keluarga asnaf. Sumbangan ayam, bahan2 masak dan juga zakat.

15 Mei 2020 – Perik – Selesai agih ayam, beras, bahan2 masak dan juga duit zakat kepada 30 keluarga asnaf di Kg Perik. Semua buat kerja2 kampung sahaja dan tiada pendapatan tetap dan amat terkesan dgn pkp.Macam2 masalah keluarga – Ibu tunggal, oku, terlantar sakit, yatim, dll.Terima kasih imam, setiausaha dan bilal yg bersama2 semasa agihan.

11 Mei 2020 – Tobiar – Agihan ayam, beras, bahan2 masak dan juga zakat kepada 24 keluarga asnaf di Tobiar. Semua buat kerja2 kampung dan terkesan oleh pkp. Banyak juga yg ibu tunggal.Terima kasih Tuan Imam Ust Wahab dan ajk yg tolong urus dan sampaikan

…. bersambung …