Menu Close

Wakaf Al Quran

Semua maklumat terkini ada di FB. Tolong like dan share dengan rakan-rakan.
https://www.facebook.com/wakafqurantajweed/

Program Wakaf Quran bertujuan untuk menyeragamkan penggunaan Quran dan penambahbaikan pembelajaran dengan adanya tajwid dan terjemahan. Dari hasil lawatan hampir semua pelajar di maahad dan madrasah menggunakan quran yang berbeza-beza. Dengan penyeragaman, insyaAllah pembelajaran dapat ditingkatkan. Program memerlukan bantuan bantuan semua rakan-rakan.

Program yang bermula dari akhir tahun 2013 telah mengedarkan lebih 48,000 naskah quran ke lebih 190 maahad, madrasah dan sekolah agama.

Sebelum ini quran bertajwid berwarna adalah mahal. Selepas Karangkraf mula mengeluarkan quran tajwid penghujung tahun 2013, baru ianya mampu dimiliki oleh semua. Quran Wakaf akan diberi kepada maahad, pondok, madrasah dan sekolah agama yang akan menafaatkan quran tersebut dengan sepenuhnya.

Untuk sertai wakaf hanya bayar RM28 sebuah sahaja (harga pasaran RM40). Harga tersebut diperolehi secara borong terus dari Karangkraf (pencetak). Yang nak beli sendiri secara online boleh beli terus daripada https://www.karangkrafmall.com/

Kami semua tidak mendapat sebarang ganjaran RM dari program ini. Segala kos minyak, tol, masa semuanya dibelanjakan kerana mencari keredaan Allah SWT. Lebihan dari sumbangan dimasukan ke dalam Program Sumbangan Makanan Fidyah Zakat Kenduri Tahlil dll.

Matlamat Program:

  • Membaca Al-Quran dengan quran dengan tajwid yang betul dengan panduan berwarna
  • Penambahbaikan dengan pemahaman dengan Al quran yang mempunyai terjemahan dan tafsir
  • Penyeragaman untuk memudahkan pembelajaran.
  • Penambahbaikan dan peningkatan cara pembelajaran Al Quran

~~~ Skim Cepat Kaya Akhirat ~~~Yang wakaf, yang promote, yg share, yg like dan semua yang terlibat InsyaAllah dapat hasil di Akhirat Terima kasih kepada yang support program pelaburan akhirat.

Sebahagian dari gambar-gambar agihan. Agihan lengkap di dalam Facebook