• No events
Aug 022009
 
FacebookTwitterGoogle+

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Fadhilat Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

* Memperbanyakkan puasa sunat . Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.

* Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

* Bertaubat. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: “Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 Posted by at 8:58 pm

  7 Responses to “Kelebihan Syaaban”

  1. cuba chek martabat hadis 2….pakai hentam je buat amalan…kembalilah kepada sunnah…xpun baca je buka karangan abu Laith khairul abadi..pensyarah UIAM tu ttg hadis bulan syaaban

  2. InsyaAllah kita sama-sama cuba untuk berlemah lembut dan berhikmah dalam berbicara dan memberi komentar ya, meski di alam maya sekalipun.. karena lemah lembut dan hikmah dalam berbicara juga adalah sunnah yang dipraktekkan Rasul junjungan… insyaAllah

  3. Elok lah baca yaasin dpd x baca langsung. Jgn ambil kesempatan dan beri macam2 alasan pula.Hanya Allah sahaja yang tahu niat kita.

  4. Confius la, betul ke kelebihan syaaban n puasa di bulan syaaban ni?? mana 1 nak ikut ni?? saya ni dah la lemah bab2 agama, baru je nak mendekatkan diri dengan Allah buat amalan2 seperti puasa sunat syaaban n baca yasin n sebagainya setelah mendengar kelebihan syaaban ni..kenapa ada manusia nak tipu benda2 gini, janganla bagi statement menyeleweng n tidak berasas..ntah betol ke x amal ibadat saya selama ni kalo ada orang gini..

  5. assalamualaikum
    to hamba Allah smemangnya betul la
    cuba banyak bertanya dengan ustaz ke atau yg lbih arif..mau senang g cari buku tentang hikmah d bulan syaaban i’allah apa yang anda buat dterima Allah amin yg penting kita ikhlas kn amalan kita jgn je dbulan syaaban bulan lain pun ada hikmah tersembunyi wallahua’lam

  6. السلامعليكم
    Apa yang penting amalan yg kita buat biar ikhlas kerana Allah,kepada tanpa nama ,jangan berguru dengan buku ja,tapi bertanya juga pada tok guru bertauliah,kepada musa mohammad,nama bagus,tapi jawablah satu komen itu dengan berhemah,Islam itu tidak menyusahkan,tapi jangan kita mempermudahkan pula,…jika merasakan puasa sunat itu satu kekuatan jiwa dan kegembiraan dalam beribadah….maka teruskan,begitu juga…jika hamba Allah rasa senang membaca Yassin…teruskan,bukan satu dosa,mungkin nabi tak buat…tapi tidak jatuh haram sebab baca Quran itu dituntut dalam Islam,cuma jangan hukumkan wajib sudah la…sebab tak dak hukum sedemikian…buat lah benda yang baik dengan Istiqamah dan ikhlas kerana Allah…

  7. السلامعليكم
    Apa yang penting amalan yg kita buat biar ikhlas kerana Allah,kepada Saudara tanpa nama ,jangan berguru dengan buku ja,tapi bertanya juga pada tok guru bertauliah,kepada musa mohammad…nama bagus,tapi jawablah satu komen itu dengan berhemah,Islam itu tidak menyusahkan,tapi jangan kita mempermudahkan pula,…jika merasakan puasa sunat itu satu kekuatan jiwa dan kegembiraan dalam beribadah….maka teruskan,begitu juga…jika saudara hamba Allah rasa senang membaca Yassin…teruskan,bukan satu dosa,mungkin nabi tak buat…tapi tidak jatuh haram sebab baca Quran itu dituntut dalam Islam,cuma jangan hukumkan wajib sudah la…sebab tak dak hukum sedemikian…buat lah benda yang baik dengan Istiqamah dan ikhlas kerana Allah…

 Leave a Reply

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>