• No events
Jun 242009
 
FacebookTwitterGoogle+

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 Posted by at 1:57 am

  26 Responses to “Kelebihan Bulan Rejab”

  1. cuba anta check hadis2 ni. Pastikan kesemuanya shahih baru sebarkan kepada orang ramai. Harap anta benar2 faham kan hadis yang anta ingin sebarkan ni.

  2. Ini adalah kumpulan hadis-hadis dari internet. Semua menggalakkan untuk berbuat kebaikan di bulan Rejab.

  3. SAYA HARAP TUAN/PUAN DAPAT MENYATAKAN SEKALI SAMA ADA HADITH TERSEBUT SAHIH ATAU LEMAH. WALAU BAGAIMANAPUN, IA AMAT BERGUNA SEBAGAI GARIS PANDUAN, INSENTIF DAN GALAKAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN AMALAN SERTA MENJADIKAN KITA INSAN SOLEHIN/SOLEHAH.

  4. subhanallah, akan ku sebarkan ini kepada kwn2 ku insyallah :D

  5. thanks banyak2 kerna sudi berkongsi ilmu yg amat berguna utk kegunaan diri kita nanti…insyaallah.amin.betapa kita ini sentiasa dibukakan pintu seluas-luasnya bagi mendapatkan nikmat dari Allah S.W.T

  6. Ana rasa ini hadis yang lemah kerana tiada sandaran dan dinyata dalam mana2 hadis rasulullah.

  7. salam, jange percayo doket sume2 hadih nih…
    tipu2 belako..kalo x cayo check kt cni….
    http://smartsufi.com/pastikan-kesahihan-hadith-tentang-rejab-2/

  8. wahahaha

  9. mu gapo yo gok ghafur weiiii….bajet mu alim ngt rr…kecek plok tuh…haktuih…lu langsi lu mati wakakaka

  10. aah, tersenyum tgk kelebihan2 bulan rejab dlm blog ni.. sebb teringat ceramah td, berkenaan hadith2 daif (lemah) & maudhu’ (palsu) ttg bulan rejab. lebih kuranglah bunyinya yg ada dlm blog ni.. puasa sehari di bulan rejab.. akan dikurniakan.. puasa 3 hari.. etc..

  11. “Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).

  12. banyak hadis yg maudhu’ & daif..pastikan kesahihan hadis baru kita kongsi bersama kwn2..

  13. yang hampa dok telagah ni pa pasai. hampa nak tunjuk kata hampa hebat ka. hampa ngaji dah ka sunan sittah? ka tis`ah. kalau ham ni hebat sangat tlong tunjuk yang mana hadis dzo`ef dan yang mana hadis palsu. yang x blehnya hadis palsu kalou hadis dzoef masih lagi bleh beramal dngan kelebihan dia.
    paling x dak pun orang yang tulis ni dia dah usaha untuk ajak umat nabi buat kebajikan. cuuma dia x nyatakn yang mana soheh , hasan , mauquf , marfuu` dzo`ef maudzuk saja. kadang ada jenih puak wahabi hok bahlul yang x reti hadis., ham smua jangan dok kena kencing plak no.

  14. kawan2x … pade pendapat saye lah .. ape pon hadith serte ganjaran kite beribadah semue tuh bia la Allah yg tentukan … yg pntg ape yg kite kerjakan bia lah semate kerane Allah .. saye kurang pandai dlm agama .. harap xde yg terase dgn pendapat saye nih …

  15. sekadar berkongsi…
    http://drmaza.com/home/?p=363

  16. aku suka statement brother ni..
    yang hampa dok telagah ni pa pasai. hampa nak tunjuk kata hampa hebat ka. hampa ngaji dah ka sunan sittah? ka tis`ah. kalau ham ni hebat sangat tlong tunjuk yang mana hadis dzo`ef dan yang mana hadis palsu. yang x blehnya hadis palsu kalou hadis dzoef masih lagi bleh beramal dngan kelebihan dia.
    paling x dak pun orang yang tulis ni dia dah usaha untuk ajak umat nabi buat kebajikan. cuuma dia x nyatakn yang mana soheh , hasan , mauquf , marfuu` dzo`ef maudzuk saja. kadang ada jenih puak wahabi hok bahlul yang x reti hadis., ham smua jangan dok kena kencing plak no.

  17. singgah sebentar untuk mencari ilmu…

  18. salam,sahabat………………………….. Nabi Muhammad s.a.w. nanti akan menjadi saksi pada amalan kita, tak malukah dan sedihkah jika bertemu nabi nanti, nabi bersaksi, yg amalan kita tidak disampaikan baginda, dan terbuang sia-sia…………………………………………. think……………………………….

  19. nak sebar hadis kenelah amanah.. iaitu amanah sertakan sekali matan arabnya dan perawinya.. ini x sertakan langsung, malah ngaku secara senang dapat hadis drpd internet.. internet ni betul ke? sahih ke semua hadis dlm internet ni?

    pastu sy dapati hadis ni d sebarkan d sekolah.. tergamaknya..

    oleh Ibn Taimiyyah (W.728H) dalam Majmu’ Fatawa 25/290: “Berkenaan dengan amalan puasa Rejab secara khusus, hadis-hadis tentangnya semuanya dhaif, malahan palsu. Ulama tidak berpegang kepadanya langsung. Ia (hadis-hadis itu) juga bukan dari kategori hadis-hadis dhaif yang boleh diriwayatkan dalam fadhail a’maal. Malahan secara umumnya, ia adalah dari kategori hadis-hadis maudhu’ dan palsu”

    Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):
    Hadith-hadith mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadith mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadith-hadith mengenai solat pada malam Nisfu Sya`aban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).

    Ibnu Rajab rahimahullah (W.795H) berkata, “Hadits yang menunjukkan keutamaan puasa Rajab secara khusus tidaklah shahih dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabatnya.” (Latho’if Al Ma’arif, hal. 213). Ibnu Rajab menjelaskan pula, “Sebagian salaf berpuasa pada bulan haram seluruhnya (bukan hanya pada bulan Rajab saja, pen). Sebagaimana hal ini dilakukan oleh Ibnu ‘Umar, Al Hasan Al Bashri, dan Abu Ishaq As Sabi’iy. Ats Tsauri berkata, “Bulan haram sangat kusuka berpuasa di dalamnya.” (Latho’if Al Ma’arif, hal. 214).

    Nabi SAW yang turut menegaskan:

    “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (guna nama orang lain). Barangsiapa yang sengaja berdusta ke atasku, maka sediakan tempat duduknya dalam api neraka”. (Sahih Bukhari 80/2)

  20. Assalammualaikum,sy kagum ngan usaha admin dlm menyebarkan mesej2 dr Allah swt. wlpun kt tidak tahu akan kesahihannya haids2 tersebut jgn la kamu2 semua perlekehkan beliau… tegur la secara baik…. (kepada yg berkenaan)

  21. Buatla amalan tu secara ikhlas kepada Allah, setiap yang kita lakukan itu kerana Allah maka balasannya tetap dikira diatas kejujuran kita niat semata-mata kerana Allah. Oleh itu janganla kita bergaduh dan berbalah ttg kesahihan samada hadis betul atau dhaif atau maudhu’. semua amalan yang kita lakukan ini berdasarkan keihklasan dan insyaallah, Allah akan memberikan pahala keatas orang yang betul-betul inginkan balasan. Allah mengetahui semua niat kita dan insyallah akan dimakbulkan/diberi balasan yang setimpal.

  22. Duh ustad2 knp di ributkan…yg hrs dipikirkan orang2 yg blm shalat bgmn bs shalat…..ajak bgmn sama2 taat pada ALLAH SWT…

  23. Saya nangis tengok awak semua dalam ni.saya ni jahil..kurang ilmu.saya confuse.cuma saya percaya andai niat kita ke arah kebaikan inshaalah.

 Leave a Reply

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>