Hukum terima sumbangan dari duit haram

Mukaddimah

Hadi mansoura medic student telah bertanya: Boleh tak Orang Islam terima sumbangan hasil judi. Beliau telah memberikan link surat kabar yang menunjukkan sebuah rumah amal sedang menerima sumbangan dari syarikat sports toto. Ini berkait dengan menerima wang yang haram. Hukumnya adalah seperti berikut:

gambar hiasan

Jawapan:

Menerima wang atau harta yang diberikan oleh orang memerolehinya secara haram adalah haram. Ini kerana dua sebab:

1. Membantu terhadap perbuatan memperolehi wang yang haram ini.
2. Menghilangkan hak pemilik asal bagi wang ini.

Pandangan para Ulama:

Syekih Ibnu Taymiyah berkata dalam Majmu’ul Fatawa:

“Sesiapa yang mengetahui seseorang itu mencuri atau mengkhianat harta orang lain atau merampas harta orang lain dan diberikan kepadanya hukumnya haram untuk seorang itu mengambilnya samada dengan cara pemberian, pertukaran, duit sewa bayaran hutang.”

Dr Abbas Ahmad Muhammad al-Baz berkata(ringkasan):

“Bermuamalat dengan pencuri, perompak, pemakan duit riba dengan harta yang haram itu membantunya dan menggalakkan perbuatan memakan harta dengan cara yang salah. Demikian juga memakan makanan atau memakai pakaian yang dirampas oleh orang lain dan dihadiahkan kepadanya atau dijual adalah berdosa kerana menerima dan mengakui perbuatan yang haram. Orang yang bermuamlat dengannya dan orang yang mengambil duit secara haram adalah sama sahaja.”

Dalil pengharaman menerima wang yang diperolehi dari cara yang haram:

1. Rasululullah saw enggan makan daging kambing yang dihidangkan kepadanya dan berkata:

“أجد لحم شاة أخذت بغير إذن أهلها

“Aku mendapati daging kambing ini diambil tanpa izin dari pemiliknya.” (Hr Abu Daud)

2. Abu Mas’ud al-Ansari ra berkata:

أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن ثمن الكلب ومهر البغي وحلوان الكاهن

“Nabi saw menegah dari harta hasil jualan anjing, hasil pelacuran dan hasil perbomohon (dgn cara yang dilarang).” (Hr Bukhari dan Muslim)

3. Hadis yang diriwayatkan oleh sahih bukhari yang menceritakan bagaimana Abu Bakar cuba memuntahkan makanan hasil dari kerja haram yang dilakukan oleh hambanya ketika masih kafir.

Kesimpulan: Perbuatan menerima sumbangan dari syarikat pertaruhan adalah haram. Makan hasil dari wang ini juga dilarang kerna Allah berfirman:

يأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا

“Wahai Manusia makanlah apa yang ada di bumi benda yang halal dan baik.” (2 : 168)

Rujukan: Ahkamul Malil Haram oleh Dr Abbas Ahmad.

Leave a Reply

Categories
Hadis

Nabi s.a.w bersabda: “Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku – sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya – melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya.” — Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a

StatPress
Visits today: 41
Total Visits: 14821
Since 13 Mac 2009