Tanggungjawab Menantu kepada Mentua

Dalam memperkatakan mengenai Tanggungjawab Menantu Terhadap Ibu Bapa Mentua, hari ini ramai yang salah tanggap mengenai tanggungjawab terhadap mentua.

Salah tanggap itu membawa kepada rasa kurang hormat terhadap mentua sedangkan mereka juga wajar dihormati seperti taraf menghormati ibu bapa sendiri.

Apabila wujud rasa kurang hormat, tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan mungkin tidak berlaku walhal tanggungjawab menantu perlu ada pada mentua. Menantu lelaki terutama mempunyai tanggungjawab berat terhadap mentua berbeza dengan menantu perempuan.

Kalau seorang wanita perlu meletakkan suami sebagai individu yang sangat perlu ditaati selepas Allah dan Rasul, bagi lelaki pula dalam konteks menantu dan mentua, mereka mesti menghormati ibu mentua diikuti bapa mentua selepas Allah dan Rasul.

Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu, bapa dan juga mentua, justeru tanggungjawab itu tidak boleh diabaikan oleh menantu lelaki.

Mengabaikan seorang daripada mentua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri. Kesejahteraan rumah tangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mentua. Jika tanggungjawab itu diabaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan ibu bapanya sendiri diabaikan oleh si suami.

Tegasnya, kedudukan ibu bapa sendiri dan mentua adalah sama tidak kira sama ada mentua beragama apa sekali pun, sama seperti tanggungjawab anak yang sudah memeluk Islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk Islam.

One Response to “Tanggungjawab Menantu kepada Mentua”

  1. haslinda Says:

    ASSALAMUALAIKUM,
    sy menghadapi mslh apabila suami tidak cuba utk memahami keluarga sy. sy mempunya bapa yg sangat tegas (bapa adalah pesara tentera), dan cr perckpannya juga adalah agak kasar. bapa sy pernah terlepas ckp kepada suami sy, dan suami menyimpan dendam kepada bapa sy atas mslh itu. ini menimbulkan byk mslh kepada sy kerana suami tidak mahu langsung pulang dan menjenguk keluarga sy walaupun pd hari raya. sehingga satu tahap suami tidak membenarkan sy pulang kerumah org tua sy.
    sy amat tertekan kerana suami sering mengungkit2 tentang hal itu.
    sy amat berharap tuan dapat memberi panduan dan nasihat utk sy…

Leave a Reply

Categories
Hadis

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “. — Riwayat Ahmad

StatPress
Visits today: 41
Total Visits: 14821
Since 13 Mac 2009