• No events
May 052009
 
FacebookTwitterGoogle+

Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”

Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih – diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]

Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 Posted by at 12:05 am

  84 Responses to “Kemusykilan Agama – Sambutan Hari Ibu Haram?”

  1. sebaiknya kita tak payahla ikut budaya ni..Al-Quran xcakap pon sambut hari ibu pada minggu kedua bulan mei..tok nenek kita pon xsambut pon hari ibu zaman dulu2…kalau tok nenek kita dari dulu2 sambut hari ibu xpe gak..ni baru 2 3 hari budaya ni msuk malaysia…..firman Allah dah jelas..kita dituntut SENTIASA berbuat baik kpd ibu bapa..xpayh tunggu hari ibu baru nk bwk mak kua..esok pon bleh bawak mak pi pasar..xkn nk tunggu hari ibu jer nk blanja mak minum kt lua…apola degil sgt ni…

  2. aku nk marah kat stesen TV sgt….dorang lah yg bawak masuk budaya ni ke malaysia nih..media prima nih…suh sambut hari ibula…dulu2 sblm media prima wujud ada x hari ibu?nk marah betul aku kat stesen TV….

  3. Jangan lah sesekali kamu meletakkan hukum tanpa merujuk kepada Alquran. Sesungguhnya apa yang manusia fikirkan itu sangat terbatas, dan semua yang dirasakan betul itu tidak semestinya betul. Ini lah yang dinamakan “Penjajahan Minda”. Terlalu banyak membuat penilaian mengikut logiknya pemikiran manusia tetapi tidak pula memahami konsep ketuhanan dalam Islam.

    Janganlah sekali-kali kamu melenting dan meragui kepada ayat AlQuran kerana telah jelas dalam Firman Allah yang bermaksud:

    “Alif Laam Miim. Itulah al-Kitab (al-Quran), tiada keraguan di dalamnya, menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa” [Al-Baqarah 2: 1-2]

    Sekiranya jelas dalam Al-Quran itu mengatakan haram, maka haram lah ia walau apa cara sekalipun dan begitulah sebaliknya.

    Al-Quran itu jelas, tetapi manusia ini mahukan jalan belakang untuk menghalalkan sesuatu yang haram.

    Allah Maha Besar Dan Allah Sahajalah Yang Maha Mengetahui Segalanya

  4. deleted

  5. tp kite xde niat nk ikut org barat ..niat kite nk mrapatkn diri dgn ibu ..mcam mne ye ??

  6. Bila dah baca artikel nii seperti baru sedar dan terfikir akan kebenaran. Apa-apa amalan atau ibadah sekalipun jika tidak ada disebut dalam hadis dan al-Quran, xyahlah ikut2 tapi golongan itu yang ramai….dan jika hal ini dikhabarkan dah pasti ramai yang akan jawab, hanya allah yang tau niat kita…..

  7. Salam

    Hukum samada halal atau haram bukannya terletak pada logik akal dan tafsiran cetek tanpa merujuk kepada golongan yang haq. Kalau mufti selangor kata okay. Siapa anda nak kata haram. Anda bukan ulama atau ahli quran.

    Jangan pandai-pandai jatuhkan hukum tanpa nas atau tafsiran yang kukuh.

  8. adakah mana mana fatwa atau ulama islam malaysia meletakkan hukum atas perkara ini? Jika ada bila dan dimana

  9. Tiap2 negeri ada Hari Ibu masing2. Tapi Hari Ibu International yg dimulai dari US, tidak ada kena-mengena dgn apa2 agama. Apa salahnya menyambut Hari Ibu dgn memberi ibu kita rehat sepanjang hari, tak buat satu apa pun kerja rumah. Kalau kita tidak boleh beri ibu kita ‘off day’ sehari sebulan, dapat ‘off day’ pada Hari Ibu pun sudah kira bagus.

    http://en.wikipedia.org/wiki/Mother's_Day_(U.S.)
    In 1868 Ann Jarvis created a committee to establish a “Mother’s Friendship Day” whose purpose was “to reunite families that had been divided during the Civil War”, and she wanted to expand it into an annual memorial for mothers, but she died in 1905 before the celebration became popular. Her daughter Anna Jarvis would continue her mother’s efforts.

  10. Kte kne tgk juga apa yg dibahaskan dlm ni memang benar tp ia prlu mencari bukti yg kukuh . Set in your mind bfr your talked

  11. bagi saya perayaan hari ibu tidaklah salah disisi syariat karena tujuan menyambutnya adalah sebagai menghargai jasa ibu kita bukanlah bermakna kita menurut orang kafir dan juga bukanlah kita tidak pernah menyayangi ibu kita tetapi memandangkan ia sebagai perkara yg elok yg tiada sangkut langsung dgn hal keagamaan yang nabi kata tashabbuh itu dari segi keagamaan shaja …….. dan hari ibu juga boleh kita terapkan nilai2 islam dan dakwah …… setiap perayaan yg ada unsur kebaikan kita islamkan kecuali perayaan yg ada unsur maksiat seperti perayaan valentine karena dari pengamatan saya hari valentine tiada ruang langsung untuk dapat diterapkan nilai2 islam ……

  12. bagi saya perayaan hari ibu tidaklah salah disisi syariat karena tujuan menyambutnya adalah sebagai menghargai jasa ibu kita bukanlah bermakna kita menurut orang kafir dan juga bukanlah kita tidak pernah menyayangi ibu kita tetapi memandangkan ia sebagai perkara yg elok yg tiada sangkut langsung dgn hal keagamaan yang nabi kata tashabbuh itu dari segi keagamaan shaja …….. dan hari ibu juga boleh kita terapkan nilai2 islam dan dakwah …… setiap perayaan yg ada unsur kebaikan kita islamkan kecuali perayaan yg ada unsur keagamaan kafir atau maksiat seperti perayaan krismas atau bukan islam atau valentine karena dari pengamatan saya hari valentine tiada ruang langsung untuk dapat diterapkan nilai2 islam ……

  13. apa-apa hal kena baca doa ni dulu . Lepas tu kalau nak komen kemenlah… YA RABBIII FA JUTAWANG NGI DUKDING C-BOLA AMIIN YAA RABBAL ALAMIIN.

  14. Aku pun sama.Baca doa ini banyak-banyak agar kita semua mendapat rahmat. YA ILAHI.. FA JUTAWANG NGI YATI SIBOLA AMIIN YAA RABBAL ALAMIIN.

  15. Selama aku ngaji kt sekolah agama, xpernah di ajar smbut hari ibu atau bapa… Ble da bsr, rmai plk org yg smbut.. Rse mcm plik. Tlg jgn guna doa dlm bhsa melayu, mkna blh brubah. Wslm

  16. awak2…..kalau nk bagi doa tu…bagi la maksud sekali,x semua org paham akan maksud nye kn…
    dan bagi sya,x salah nk smbut ari ibu,sebab kita dh ikut ajaran islam pon,iaitu berbuat baek kpada ibu kita cuma jgn la letak hukum pula dimana smbut ari ibu tu wajib bg anak,just smbut tu untuk menunjukkan kita appreciate dgn jasa2 nya…rasa nya x dosa pon kn…

  17. I don’t normally comment but I gotta state thanks for the post on this great one :D.

  18. I genuinely enjoy looking through on this web site, it has excellent blog posts.

  19. apa pun kita balik kepada al-quraan, nak sambut hari ibu bila2 masa pun boleh.tpi yg pelik hari lahir ibu sndiri xdi sambut…

  20. banyak sangat komen..org sekarang ni susah sgt nak k dihargai ibu/bapa..setidak2nya ada la juga 1 hari istimewa utk ibu/bapa. takan la 1 hari pn nk di debadkn sangat. dah la hari2 lain x reti nak hargai ibu/bapa. nk bg 1 hari yg istimewa pn susah jugak???…ini la manusia zaman sekarang. ttg amalan org kristian @ zaman greek. mmg mereka sambut utk tuhan mereka..kita tak payah la beranggapan smpi begitu..sepatutnya hari2 hari ibu/bapa..ni tak. yg 1 hari tu yg di isu besarkan sgt. ttg ikutan..boleh @ tak..habis kalau kristian suruh tolong menolong, kita tak boleh tolong menolong la? kata semua yg kristian buat islam x leh buat..harap dapat guna akal yg Allah anugerah..yg baik jadi teladan,yg jahat kita hindarkan..kerna Allah Maha Mengetahui dan Maha Pengampun…

  21. niat kita penting :D

  22. Ape la korang nie.. jgn jd banggang la.. cuba jd cerdik ckit… yg korang nk sambut Hari Ibu ikut budaya barat tu nak wat per.. Dalam Islam xder budaya tue.. hari2 kita boleh sambut Hari Ibu dan hari2 bole bw ibu korang jln2 kalo korang nak… xp pyh nk tunggu Hari Ibu yg korang agong2 kan sesangat tue..

  23. Kepada saudara Azman, saya nk tegur skit. X baik kita panngil orang bengong dan perkara sewaktu dengannya, Islam melarangnya malah ada ayat al-Quran menyebutkan pengharaman berburuk sangka dan bercakap buruk dengan orang lain. Malahan, kita tidak boleh judge yang mana satu betul dan mana yang tidak kecuali memang betul perkara itu lebih banyak membawa keburukan. Tidak ada sesiapa pun mengagung-agungkan Hari Ibu. Ibu diagung-agungkan dalam Islam n mmg btul, setiap hari ialah Hari Ibu. Sejarahnya mungkin begitu tetapi kita bukannya menyambut kerana sejarah malah, semuanya sudah berubah sekarang. Kita juga menyambutya dengan cara tersendiri, yang dibenarkan dalam Islam iaitu dengan menggembirakan mereka.

    Apa salahnya, kalau seorang anak yang selau jarang kembali ke rumah ibunya, menjadikan Hari Ibu sebagai hari dia selalu kembali ke rumah ibunya dan bersama dengannya? Selagi kita tidak mengikut mana2 ajaran agama lain, selain itu perkara tersebut dibenarkan dalam Islam. Ayat yang mengatakan jangan mengikuti orang KAFIR merujuk kepada golongan dan sifat-sifat orang kafir. Adakah menyambut Hari Ibu dengan niat mengenang jasa mereka walaupun hanya sehari bertentangan dengan Islam? Sekurang-kurangnya sesuatu dilakukan walaupun Islam menyuruh setiap hari.

    Lastly, jangan menurunkan fatwa tanpa pengesahan ahli ulama’. Persetujuan mestilah dicapai oleh semua ahli ulama’ dan bukannya seorang sahaja.

  24. assalam, sy menghormati pandangan sesetengah pandangan alim ulamak yang mengharamkan hari ibu.. Ilmu agama sy amat sedikit kalau nak banding dgn alim ulama semua namun saya tak setuju menletakkan ia dalam kategori HARAM. berikut pandangan saya :

    1. islam mengajar umatnya menghargai/menyayangi ibu setiap masa sepanjang hayat..setiap hari sy mendoakan kan kesejahteraan, memohon diampunkan dosa ibubapa dan keluarga kepada Allah..itu cara kita menghargai mereka secara ‘rohani’.
    Tetapi dalam setahun, berapa kalikah kita menghargai nya secara ‘zahir’? yakni melalui perbuatan spt belanja makan, hadiah & etc..dan kalau ada sekalipun, adakah kita rasa betul2 ikhlas?
    Dalam setahun, berapa kalikah kita melukakan hati ibu kita secara sedar or tak sedar?

    2. saya rasa yang menjadi issue di sini ialah tarikh sambutan Hari Ibu yang dikatakan terdapat unsur2 kristian tetapi yang saya tahu, lain negara lain tarikh sambutan nya..lainlah April Fool or Christmas yang tarikhnya memang fix..

    3. Hari ibu, hari bapa, hari guru, earth day & sebagainya adakah semua ini ada unsur kristiniti?

    Yang penting di sini ialah NIAT. apa2 perkara yang kita buat kerana ‘Lillahi Ta’ala’ dan ikhlas. bagi sy, Takde salahnya menyambut asalkan tidak mengikut cara dan budaya barat, ikut cara kita, cara islam.

    assalamualaikum :)

    mr.f

  25. ape beza klu beli somthing utk ibu skadar ucap slamat hri ibu pada tarikh tersebut bebnding pd tarikh2 lain? klu niat kite, everyday is a mother day.. is that means haram utk bg penghargaan kat ibu pd tarikh tersebut sbb agama lain bg pnghrgaan sjarah tu on that date????? lg dosa kot wlupn sehari dikecualikan utk xhargai ibu wlupn satu tarikh sbbkn tarikh tu da mnyerupai hri pnghrgaan kafir utk ibu dorg.. rasenye yg penting, niat…… ;)

  26. Dmusafir ingin berpesan kepada saudara- saudaraku yg seagama, tidak kiralah apa bangsamu. Sebagai seorang muslim, kita harus berhati2 . Agama mengajar kita bersederhana dalam segala perkara yg kita lakukan, lebih lebih lagi soal adat, budaya, perayaan dan pergaulan. Setiap hari kita keluar rumah, kita akan berhadapan dengan bermacam-macam ragam dan karector manusia di sekeliling kita. Ada yang suka bersantai, melepak, ada yang suka berhibur di tepat2 hiburan, ada yang suka bersukan, ada yang suka membeli belah dan yang kebanyakannya mereka keluar bekerja untuk mencari rezki atau sekolah menimba ilmu.

    Di sini kita ingin berkongsi pengetahuan dalam soal adat dan budaya yang bisa mengakibatkan kita tergolong orang yang terjerumus dalam perangkap2 syirik. Secara sedar atau tidak, kita lebih maklum, sebagai seorang yang beragama islam, kita harus ambil tahu dan kenal dari setiap agama itu ada cara dan adat adatnya tersendiri.

    Dmusafir ingin menyungkil masalah masyarat Islam zaman kini secara sengaja atau tidak sedar mereka yang terbabit dalam satu perayaan umat Nasrani yakni hari natal (christmas) Valentine’s day(Hari kekasih atau Mother’s day(Hari Ibu). Kita umat Islam memang wajib menghormati setiap agama, baik dari segi adatnya, tempatnya, perayaannya dan lain2 lagi yang melibatkan agama itu sendiri. Dari itu jangan sekali-kali kita menghina atau mencaci agama lain, kerana itu adalah perkara yang dibenci oleh Nabi SAW. Akan tetapi, itu tidaklah bermakna kita harus turut serta dalam menyertai merayai dan bergabung untuk menyambutnya. Ingatlah syirik itu ada banyak cabangnya, salah satu ialah apabila kita mengikuti mereka dalam segi agama. Contohnya- memasang lonceng2, lilin, menghiasi pokok pine dengan mengantungkan pelita2 dikelilingnya, memakai topi santa, bertukar Hadiah, memberi ucapan selamat kepada mereka untuk meraikan hari tersebut dan apa2 saja perbuatan yang mengalakkan perayaan itu disambut meriah, itulah dinamakan bersubahat (baik di tempat kerja atau di mana2 saja kita berada) Sekiranya anda sebagai orang islam melakukan apa2 yang disebut tadi , Di sisi Allah SWT anda tidak ada beza dengan mereka. Nabi SAW pernah berpesan “ Hati hatilah akan ada suatu zaman dimana sebilangan umat2ku akan menyertai adat2 Yahudi dan Nasrani, hingga mereka akan merasa biasa dengannya” dalam Sahih Hadith. Itu bukan bermakna kita harus menjadi anti social. Pesan Nabi “ Janganlah kamu menghina agama lain jika kamu tidak suka agama mu dihina”. Bukankah disebut tadi jangan kita menghina atau mencaci setiap perayaan yang bukan Islam, tetapi wajib menghormatinya dan berbaik2lah dengan mereka.

    Dmusafir ingin mengingatkan diri sendiri dan pada saudara2 sekalian dalam salah satu pesanan Allah SWT yang bermaksud.

    “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar). Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.
    Al Baqarah :120

  27. […] Hari Ibu HARAM?? Published Saturday, May 19, 2012 By Kami Blogger. Under Kami Blogger  Tags: Ancient Greece, Ancient Romans, Asia Minor, Belas Kasihan, Dalam Islam, Dewa, Haram, Hari, Hari Bapa, Hari Hari, Ides Of March, Juno, Juventas, Katakanlah, Matronalia, Menghormati Ibu Bapa, Mulia, Orang Kafir, Perayaan, Rahmat, Semata, Vernal Equinox   var addthis_product = 'wpp-264'; var addthis_config = {"data_track_clickback":true,"data_track_addressbar":false};if (typeof(addthis_share) == "undefined"){ addthis_share = [];}Assalamualaikum Peeps!..Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.” Maksudnya di sini ialah.. bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars. Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya? Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa. Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24] Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.” Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja. Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”[Hadits Sahih – diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani] Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar. Source: Dakwah.Org […]

  28. kesian org2 skrg, maulud nabi dia kata bida’ah,walau ramai ulama2 besar menganjurkan Demi memupuk rasa cinta kepada nabi saw.
    hari ibu/bapa amalan org kafir seboleh boleh dia nak ikut.
    Tak lama lagi thanksgiving pun dia sambut..haiizz
    Benar kata nabi saw,akhir zaman kalau mereka masuk lobang cicak pun dia nak ikut

  29. Assalamuaikum wahai saudara2ku yg dirahmati ALLAH,hamba yg hina lagi jahil ingin bertanye knp harus ada pertingkaran antara kita? Marilah kita gunakn akal yg mulia yg ALLAH kurniakn,mana yg baik kita ikut mana yg tak baik kita tinggalkn..mmg dlm islam tidak ada hari tarikh utuk hari ibu,tapi adakah haram untuk kita meraihknnye? Klu ada dlm alquran yg mengatakn atau ter catit “haram bagi org islam menyambut hari ibu sdangkn hakiki hakikat mereka kerana ALLAH”?? Tolonglah jelaskno….hamba yg jahil mohon bribu-ribu ampun dn maaf kpd saudara2ku yg dirahmati ALLAH ASSALAMUALAIKUM.

  30. Assalamualaikum..izinkan hamba mencelah sedikit..sy bknla seorang yg alim n kuat iman..solat 5 waktu pun kadang2 kantoi juga..yg cakap bnyak mempesoalkan hukum hakam tu cukupke yg wajib keatas umt islam? Dlm alquran mmg xsebut haram raikan hari ibu..tp kena paham2la dah maksud ayat Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
    [Hadits Sahih – diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Alba.
    So mmg niat tu xfollow diorng tp, sedar tak sedar, secara tak langsung terfollow jg, klu kafir tu sambut hari ibu , hari ahad, pe salahnye korang sambut hari ibu tu pada hari lain, ni tak,kafirr sambut hari ibu korang pun ikut ja pada hari yg same h..lepastu pandai plk ckp, bgntung pada niat masing..kononyelah..takkan korang nk jupa ibu hanya satu hari setahun tuk ucap selamat hari ibu..kononye waktutula pluanf ank2 nk balik kg jupe ibu..setahun sekali hari ibu jeke korang boleh balik sbb nk ucap selamat hari ibu..maaf kalau tak puas hati boleh rujuk dekat org2 alim..jgn ikut pendapat sendiri, pengetahuan dlm agama pun cetek, pandai wak klua fatwa sendiri…lepastu org tegur xnak dengar kononye dialah pandai..ego lah puas2..xde sapa larang…kubur lain lain..wassalam

  31. Assalam..Sokong lu NTAHLAH..lu punya pendapat samala ngn otak wa..

  32. bgs tpaya smbut .. cukup la doa kan ibu bapa kita hari2 …

    ya Allah ampunilah dosa-dosa kami dan dosa kedua
    ibu bapa kami ya Allah..
    kurniakanlah belas kasihanMu kepada mereka,
    sebagaimana mereka kasih kepada kami ketika kami
    masih kecil
    Ampunkanlah segala dosa mereka sama ada sengaja
    atau tidak ya Allah
    Sesungguhmu Rasulmu dah berjanji bahawa doa kami
    anak-anak akan memberi manfaat kepada ibu bapa
    kami ya Allah
    Pada ibu-bapa kami yang masih hidup, kurniakanlah
    kepada mereka kesihatan supaya mereka dapat
    beribadah kepadaMu ya Allah
    Berilah kekuatan kepada kami untuk menghiburkan
    hati-hati mereka sebagaimana mereka menghiburkan
    kami semasa kami masih kecil
    Berilah kekuatan dan kelapangan kepada kami untuk
    penuhi impian dan kehendak mereka sepertimana
    mereka penuhi kehendak kami ketika kami kecil dulu
    ya Allah
    Berilah kekuatan utk kami menjenguk dan meziarahi
    mereka buat mereka tersenyum ya Allah.. Berilah kami
    kekuatan
    **Buat ibu bapa mereka yang telah pergi,jadikanlah
    tempat persemadian mereka sebagai salah satu dari
    taman2 syurgaMu ya Allah, himpunkanlah mereka
    bersama hamba2Mu yang soleh. Ya Allah kurniakanlah
    kelapangan mereka di alam barzakh, kurniakanlah
    ketenangan kepada mereka dan himpunkanlah
    mereka dikalangan wali2mu, di kalangan hamba yang
    kau redha,
    janganlah dosa2 yg kami lakukan harini di bebankan
    kepada mereka..
    ameen ya Rabbal alameenn..

  33. istilah kafir tiada di sabah/sarawak hanya dimalaya…hanya malaya rasis

 Leave a Reply

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

buy oxycontin buy oxycodone codeine percocet