Category Archives: Tazkirah

MUHASABAH DIRI – MENILAI DIRI

Manusia dibekalkan oleh Allah dengan dua sifat, iaitu sifat keji dan sifat terpuji. Sifat-sifat ini tidak dibekalkan kepada binatang, jin dan malaikat. Bahkan malaikat itu sendiri dibekalkan dengan semata-mata taat kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya. Lantaran adanya sifat keji atau mazmumah dalam diri manusia, perlulah manusia itu menghisab atau muhasabah dirinya.

Hadis Rasulullah bermaksud: “Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat”

Perkara-perkara yang perlu dihisab pada diri setiap Muslimin dan Muslimat ialah:

  • Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari?
  • Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan?
  • Apakah Ilmu Allah yang telah disebari?
  • Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan?
  • Bagaimanakah rezeki Allah digunakan?
  • Sudahkan anak-anak yang dikurniakan Allah diuruskan dengan kehendak Islam?
  • Sudahkan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dan dilayani seperti kehendak Islam?
  • Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin?
  • Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat kepada Allah?

Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri? Apakah diri sudah bersedia untuk menghadap Allah? Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka”.

CIRI-CIRI TAQWA

1. Ingat dua perkara
2. Lupa dua perkara
3. Menyukai apa yang Allah suka
4. Membenci apa yang Allah benci

1.Ingat Dua Perkara

Pertama:
Kebaikan, jasa dan budi orang kepada kita perlu diingat selalu dan sekiranya berpeluang, maka eloklah disebut-sebut dan dibalas walaupun balasan itu tidak setimpal
Lebih-lebih lagilah kita perlu ingat dan mensyukuri segala nikmat dan limpah kurnia Allah SWT kepada kita yang tidak terhingga banyaknya.

Firman Allah SWT: ”Waamma bini’matihi rabbika fahaddith’.

Maksudnya: ”Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur).” (Adh Dhuha:11)

Ini supaya kita terasa terhutang budi dan berterima kasih kepada orang yang berbuat baik dan berjasa kepada kita.

Tentulah terhadap Allah, lebih-lebih lagi patut kita rasakan sedemikian. Memang patut kita taat dan bersyukur kepada Allah, dengan membuat amal kebajikan biarpun segala amalan itu tidak mungkin setimpal dengan kurniaan Allah.

Kedua:
Kesalahan kita kepada orang lain hendaklah sentiasa kita ingat dan kita minta maaf daripadanya. Ingat selalu tentang kesalahan diri agar kesalahan itu tidak diulangi. Rasa bersalah itu penting kerana rasa itulah yang mendorong kita meminta maaf.

Itu terhadap kesalahan kita terhadap sesama manusia. Lebih-lebih lagilah kita perlu ingat dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah. Kita iringi ingatan kepada dosa-dosa itu dengan bertaubat. Kekalkan rasa berdosa itu supaya kita terhindar dari terbuat dosa-dosa yang lain dan hati kita sentiasa takut dan berharap agar Allah ampunkan dosa kita.

2. Lupa Dua Perkara

Pertama:

Lupakan segala budi, jasa dan kebaikan kita kepada orang.Jangan diungkit-ungkit dan dikenang-kenang.

Kembalikan segala kebaikan yang kita buat itu kepada Allah. Rasakan seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepada orang. Lebih-lebih lagi, kita kena lupakan segala amal ibadah yang telah kita buat kepada Allah. Jangan diungkit-ungkit atau dikenang-kenang.

Rasakan seolah-olah kita tidak beramal. Dengan itu moga-moga hati kita tidak dilintasi oleh rasa ujub, sum’ah atau riyak atau rasa diri baik dan mulia.

Kedua:

Lupakan kejahatan orang terhadap diri kita. Anggaplah seolah-olah tidak ada siapa yang bersalah dengan kita supaya tidak tercetus rasa marah atau dendam terhadap orang.

Lebih-lebih lagi hendaklah kita lupakan segala kesusahan dan ujian, musibah atau mala petaka yang Allah timpakan kepada kita seperti sakit, kematian, kerugian, kemalangan dan kegagalan.

Atau banjir, kemarau, ribut taufan, tsunami, wabak penyakit, kemeseletan ekonomi dan sebagainya. Supaya tidak tercetus perasaan tidak sabar dan tidak redha dengan ketentuan Allah.

3.Menyukai Apa Yang Allah Suka

Yakni kesukaan kita hendaklah selari dengan kesukaan Allah. Kita buat apa sahaja perbuatan dan amalan menurut apa yang disukai Allah. Ini mudah kalau apa sahaja yang Allah suka, kita pun suka.

Bukan soal sesuatu amalan itu kecil atau besar, fardhu, wajib atau sunat tetapi asalkan Allah suka, kita pun suka dan kita pun membuatnya.

Itu manifestasi dari cinta kita yang mendalam kepada Allah. Seseorang itu akan menyukai apa sahaja yang disukai oleh orang yang dicintainya.

Soal amalan fardhu, wajib atau sunat sudah tidak jadi pertimbangan. Semua amalan yang Allah suka akan kita buat. Ia bukan juga soal mendapat pahala atau fadhilat. Ia lebih kepada hasrat untuk menyatakan dan membuktikan cinta dan kehambaan kita kepada Tuhan.

4.Membenci Apa Yang Allah Benci

Yakni kebencian kita hendaklah selari dengan kebencian Allah. Kita tinggalkan apa sahaja perbuatan dan amalan menurut apa yang dibenci oleh Allah. Ini mudah kalau apa yang Allah benci, kita pun benci. Nafsu pasti mendorong untuk berbuat apa yang Allah benci kerana nafsu itu suka kepada apa yang Allah benci dan benci kepada apa yang Allah suka.

Tetapi fitrah tetap kuat dan teguh. Fitrah yang suci murni itu, wataknya berlawanan dengan watak nafsu. Ia suka kepada apa yang Allah suka dan benci kepada apa yang Allah SWT benci. Nafsu tidak dapat mengalahkannya kerana rasa bertuhan dan rasa kehambaannya yang mendalam.

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki – amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil – sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego – ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia – tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah… Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam”

Tuntutan Pembelajaran Berterusan

* Pendahuluan

Hampir seribu tahun yang lampau, Ibn Khaldun melalui kitabnya “Muqaddimah” menyatakan dalam fasal ketiga daripada bab V1”Semakin banyak ilmu apabila makin maju pembangunan dan hadharah”. Dalam fasal tersebut beliau menyatakan kota-kota Baghdad, Cordova, Qayrawan, Basrah, Kufah tetekala maju pembangunannya maka pengajaran dan pembelajaran ilmu semakin meluas. Tetapi apabila Bandar-bandar itu bertambah mundur maka aktiviti keilmuan semakin berkuarangan. Justeru itu pada zaman Ibn Khaldun ilmu semakin berkembang pula ke kota Kaherah sehingga ia menjadi tumpuan para pencinta ilmu dari Iraq dan Morocco.[1]

* Demikian gambaran ringkas betapa aktiviti keilmuan menjadi pemangkin kemajuan sesebuah bangsa dan umat itu. Di Malaysia juga jika dibuat perbandingan pada zaman sebelum kemerdekaan dan selepas 40 tahun mencapai kemerdekaan bagaimana diperlihat perbezaan dalam aktiviti ilmu tahun lima puluhan dan enam puluhan dengan tahun 2006 amatlah jauh sekali. Dari masyarakat yang buta huruf,buta teknologi malah buta agama ia bertukar menjadi masyarakat yang celik huruf, celik sains dan teknologi malah celik agama. Pada masa kini Malaysia terkenal sebuah Negara yang cukup membangun sehingga menjadi tumpuan banyak Negara dunia ketiga termasuk pelajar-pelajar Arab yang dating belajar mengenai ilmu Islam di UIA,UKM dan UM hatta dalam bidang pelajaran usuluddin,Syariah, pada peringkat sarjana dan kedoktoran falsafah.

* Seruan Islam Kepada Pembelajaran

* Buka sahaja kitab Ihya Ulumiddin terdapat didalamnya satu bab mengenai Ilmu di mana terkandung di dalam beberapa fasal mengenai kelebihan ilmu,kelebihan mengajar dan kelebihan belajar. Kelebihan ilmu digambarkan melalui kelebihan mereka yang berilmu berbanding dengan mereka yang tidak berilmu,malah dinyatakan orang berilmu lebih merasai takut kepada Allah berbanding dengan mereka kurang berilmu.[2]

* Adapun kelebihan belajar disebutkan tentang hadith daripada riwayat Muslim menyebut”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke syurga”. Bagi orang Islam syurga adalah ganjaran paling tertinggi dan paling dikehendaki. Maka mereka yang berlajar ilmu sebelum mendapat ganjaran akhirat di dunia lagi dijanjikan dengan janji” sentiasa mendapat perlindungan sayap malaikat kerana redha dengan apa yang mereka lakukan”. Malah kelebihan belajar ini diperkukuh dengan hadith riwayat Ibn Abdul Barr dan Ibn Majah “Belajar satu bab daripada ilmu lebih baik dari sembahyang (sunat) seratus rakaat”.[3]

* Walaupun sanadnya daif,tetapi dorongan belajar ke mana-mana saja tetap masyhur hingga belajar ke negeri China. Orang Islam dituntut belajar,malah ia merupakan satu fardu dan kewajipan “Talabul `ilmi faridhatun `ala kulli muslim”.

* Justeru itu dinyatakan bahawa mereka yang terlibat dengan ilmu sama ada penyoal (murid), guru, pendengar dan mereka yang cintakan ilmu dan ahli ilmu akan ganjaran dari Allah s.w.t. Masing-masing pihak akan terus mendapat kebaikan dan oleh itu mereka yang jahil tidak harus berkekalan dalam kejahilan dan mereka yang tahu tidak harus kedekut dengan sedikit sebanyak ilmu yang ada pada mereka.

* Islam sejak awal-awal lagi menyatakan bahwa belajar ilmu itu wajib berterusan dari buaian sampai ke liang lahad. Abu Zar meriwayatkan “menghadiri majlis ilmu seorang alim lebih baik daripada bersembahyang (sunat) seribu rakaat, menziarahi seribu orang pesakit, dan menghadiri pengkebumian seribu jenazah” Malah ditanyakan kepada nabi”hatta lebih baik daripada membaca al-Quran”?. Lalu nabi menjawab” Apa faedahnya al-Quran jika tidak berilmu”.[4]

* Dari keterangan Imam al-Ghazali ini ternayata bahawa pembelajaran ilmu satu aktiviti sepanjang hayat tanpa henti dan tidak terikat oleh usia dan umur. Ibn Khaldun membahagikan pula ilmu itu sama ada ilmu naqli atau ilmu aqli. Ilmu naqli merujuk kepada ilmu yang datangnya dari syarak sama ada dari al-Quran mahu pun al-Sunnah. Sementara ilmu aqli pula ialah ilmu yang dijana oleh pemikiran manusia sehingga dapat membezakan antara yang baik dan buruk.[5]

* Dalam istilah biasa dikenali dengan ilmu fardhu `ain dan ilmu fardhu kifayah. Dalam bahasa baru diperkenalkan pula istilah ilmu pertama sebagai ilmu menyusun diri sendiri dan keduanya ilmu menyusun sistem masyarakat. Apa pun istilah yang dipakai ilmu itu terlalu banyak untuk dipelajari,lantas Imam al-Ghazali sekali lagi mengingatkan kita pandai-pandai mendapatkan ilmu yang bermanfaat dan jangan habiskan masa dengan ilmu yang tidak bermanfaat. Imam al-Ghazali memperkenalkan ilmu mahmudah dan ilmu madhmumah.

* Keutamaan Ilmu berbanding Dengan Amalan

* Ulama semasa tersohor Dr Yusuf al-Qaradhawi mengingatkan kita melalui bukunya Fi Fiqh al-Awlawiyyat bahawa ilmu hendaklah didahulukan daripada beramal. Ini bersandarkan maksud sabda nabi:”Ilmu itu imam,amalan itu pengikutnya”. Justeru ilmu menjadi syarat bagi amalan dan perkataan yang betul. Imam Bukhari menyatakan Amalan tidak bermanfaat tanpa ilmu. Malah nabi sendiri mengatakan “Barangsiapa yang akan diberikan kebaikan oleh Allah,nescaya diberikan kepadanya kefahaman mendalam dalam agama”.

* Dalil paling kuat tentang kelebihan ilmu apabila”Iqra`” ayat pertama diturunkan.Sedangkan membaca adalah anak kunci kepada ilmu. Kemudian baru turun ayat supaya beramal melalui surah al-Muddathir” Wahai orang yang berselimut,bangunlah! Dan beri khabar (amaran)…”

* Melalui ilmu manusia dapat membezakan antara haq dengan batil dalam akidah,melalui ilmu dikenali mana yang sunnah dan mana yang bidaah,mana yang soheh dan mana yang fasad dalam mualamat. Ilmu juga memberitahu mana yang halal dan mana yang haram.Malah mana yang boleh diterima dan mana yang patut ditolak. Kesemuanya berteraskan ilmu.[6]

* Memandangkan besarnya pengaruh dan kesan ilmu,benarlah kata Sayyidina Umar IbnAbdul Aziz” Mereka yang beramal tanpa berasaskan ilmu,keburukannya lebih banyak daripada kebaikan”. Malah dalam realiti pun, ramai mereka yang beramal tidak kurang ikhlas,taqwa dan bersemangatnya mereka, tetapi apa yang mereka kurang adalah ilmu. Inilah yang dikatakan terjadi kepada golongan Khawarij yang menentang Sayyidina `Ali k.w.,sehingga sanggup membunuh mereka yang sesama agama.[7]

* Keutamaan Memahami Islam Yang Menyeluruh

* Pada zaman ini secara khusus pembelajaran berterusan amat diperluaskan kerana umat Islam mengalami krisis tidak dapat memahami metodologi yang betul dan bagaimana berinteraksi dengan metodologi yang betul itu. Bagaimana membumikan ajaran Islam kea lam reality dalam semua sector masyarakat daripada kebudayaan,pendidikan,seni,sastera sampailah kepada kehidupan harian.[8]

* Memang senang dengan mengatakan rujukan kita al-Quran dan al-Sunnah,tetapi dalam pelaksanaan tidaklah semudah itu.Umat Islam semacam menjadi bumi gersang yang tidak dapat memanfaatkan ajaran Islam untuk mengendalikan kehidupan kerana tidak dapat memahami Islam yang menyeluruh itu. Atau dengan kata lain,kita gagal memahami Islam secara praktikal yang dicernakan dalam bentuk program sehingga ajaran Islam terkial-kial dalam bentuk retorik dan ucapan khutbah,tetapi gagal beroperasi.

* Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kaedah nabi membawa perubahan ke atas masyarakat masih jauh daripada difahami jangkauan dan dimensinya, masih belum difahami mana yang tetap dan mana yang anjal atau fleksibelnya, fasa-fasa pelaksanaanya…Malah ketidak fahaman ini kadangkala menjadi penghalang kepada pelaksanaan Islam.

* Justeru itu,ilmu harus diteroka sepanjang masa,secara berterusan kerana masih banyak yang kita tidak faham daripada yang kita faham. Isu-isu remeh pun kadangkala belum mencapai kata sepakat. Misalnya apakah rokok itu halal atau haram? Justeru ia tidak boleh diputuskan secara individu tetapi ia perlu dibincang bersama bukan sahaja para ulama tetapi juga pakar dalam berbagai disiplin.

* Dari pembelajaran umum kepada pembelajaran kepada pengkhususan, dari rujukan biasa kepada rujukan terpilih, malah memahami mana yang menjadi matlamat dan mana pula yang menjadi sekadar wasilah dan pendekatan. Harus difahami mana yang berbentuk prinsip mana pula yang berupa program..Justeru itu banyak perkara yang baik tetapi kerana berfikir terlalu simple banyak perkara boleh menguntungkan umat Islam ditolak begitu sahaja. Akhrnya, kekuarangan ilmu menyebabkan umat lebih terdedah kepada perpecahan sesame sendiri daripada menuju kepada perpaduan. Apa lagi diharap dari satu umat yang tidak pernah bersatu. Al Quran memberikan jawapan,lemah,hancur dan musnah.

* Pendidikan Teras Pembangunan Tamadun Alternatif

* Dalam merealisasikan kemunculan semula tamadun Islam masa kini dengan berbagai pendekatan termasuk pendekatan hadhari, Ilmu menjadi senjata yang ampuh.Tanpa menafikan perlunya urus tadbir organisasi dan system,tetapi urusan membina manusia adalah harus diberikan keutamaan. Justeru Allah mengingatkan”Allah tidak akan merobah mana-mana kaum sehingga mereka sendiri merobah diri mereka”-[9]. Ia bermula dengan individu yang menjadi batu-bata binaan masyarakat.

* Pendidikan menjadi teras utama dan inilah jua yang dilakukan oleh para anbiya` dan mursalin. Mereka dibina keimanan dengan akidah yang betul. Di perbetulkan pandangan hidup (world-view) mereka terhadap alam dan manusia,tentang hidup dan Tuhan. Tahu akan matlamat dan misi kehidupan. Iman lah yang akan memberi jawapan yang mencukupi untuk banyak persoalan yang timbul.

* Kita harus bermula dengan dengan jalan yang betul yang dipohon setiap hari al-Sirat al-mustaqim. Pembinaan yang hakiki,bukan bentuk luaran sahaja. Membina akal dengan ilmu dan roh dengan kerohanian. Membina secara seimbang melalui ibadah,budaya,akhlak dan sebagainya. Kesemuanya itu memerlukan pembelajaran yang berterusan.

* Ilmu Tentang Musuh

* Kadangkala dalam keghairahan membina diri kita terlupa orang lain juga sedang merancang untuk memusnahkan kita. Di depan kita banyak golongan yang memusuhi daripada golongan tidak beragama hingga kepada orientalisme yang menyerang kita kiri dan kanan,depan dan belakang. Mereka menyerang akidah, syariah,turath dan tamadun kita. Malah musuh dalam pun tidak kurang hebat yang berupa khurafat dan bidaah,jumud dan taqlid malah berbagai lagi.

* Ini membuktikan lagi perlu kepada pembelajaran yang berterusan kerana masih banyak perkara yang belum difahami. Ada pula golongan yang keras dalam agama,bersangka buruk kepada semua orang kecuali dirinya sendiri sahaja yang benar. Mereka yang ufuk pemikiran terlalu sempit,mereka yang terlalu gopoh ingin memetik buah sebelum masak,golongan yang suka mengkafirkan orang lain oleh sebab yang kecil.

* Pembelajaran berterusan harus memberi panduan tentang kesederhanaan islam yang tulin yang digambar oleh al-Quran sebagai “ ummatan wasatan” di mana antara cirinya:

* Memahami agama secara syumul dan mendalam serta seimbang

* Memahami realiti semasa tanpa memandang remeh kekeuatan musuh dan tahu kekuatan diri

* Berfikiran saintifik hatta hokum alam dan hokum social

* Memahami maqasid syari`ah dan tidak jumud dengan teks agama

* Memahami keutamaan dalam kehidupan

* Malah banyak unsur-unsur lain lagi[10]

* Pembelajaran berterusan diperlukan supaya aliran wasat ini memimpin secara berkesan. Aliran yang mampu menolak aliran melampau (ifrat) dan longgar agama(tafrit). Kita sebenarnya masih bermusuh sesama sendiri dengan orang Islam yang menganut fikiran asing,mengaku diri berfaham liberal Barat.

* Penutup

* Berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadith nabi dan praktis para ulama lampau, Ilmu perlu dicari secara berterusan bagi memperkasa diri dengan persiapan dalaman dan luaran,menjadikan diri kukuh dan utuh pengetahuan,akhlak,budaya dan sahsiah sehingga mampu menjadi mercu yang dapat dijadikan pedoman dan mampu menagkis segala helah lawan.

* Tanpa keilmuan bukan sahaja kita gagal untuk memimpin bangsa lain malah kita akan kalah di tanah air sendiri dan terpenjara oleh kejahilan,was-was dan permusuhan sesama sendiri,malah kecundang dalam realiti globalisasi masa kini. Wallahu a`lam

Ditulis oleh Prof. Madya Mohamad Kamil Ab. Majid

10 perkara hal sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk
keselamatan arwah-arwah mereka.

5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah
ilmu pengetahuan.

7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan
meningkatkan budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Manusia istidraj dihina Allah

Mungkin ramai di kalangan kita tidak memahami istilah “istidraj”. Istilah ini berasal daripada bahasa Arab dan diambil daripada perkataan darajatun iaitu tangga.

Berdasarkan maksud sebenar, istidraj merupakan kelebihan atau keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk seperti dikehendaki-Nya.

Bagaimanapun anugerah Allah itu bukan disebabkan Allah menyayangi mereka tetapi lebih merupakan tanda kebencian Allah terhadap golongan berkenaan.

Dengan kata lain, Allah mahu mereka menjadi lebih sesat melalui kelebihan itu dan akhirnya tergolong di kalangan kaum yang tidak mendapat hidayah-Nya.

Ada juga pihak yang mentakrifkan istidraj sebagai anugerah Allah kepada hamba yang tidak diredai-Nya dan nikmat tersebut datang dalam pelbagai bentuk antaranya kuasa, kemewahan harta benda, kedudukan di sisi masyarakat, pengaruh serta pangkat.

Persoalannya, adakah mereka yang diberikan kemewahan dunia dianggap manusia istidraj? Begitu juga yang diberikan kuasa dan pengaruh. Adakah mereka yang berpangkat besar dianggap istidraj?

Jawapannya, tidak sama sekali. Istidraj hanya untuk golongan yang derhaka kepada Allah. Sebaliknya mereka yang menggunakan kelebihan sama ada kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat ke jalan Allah, pasti beroleh kejayaan di dunia serta akhirat.

Lihat sahaja para sahabat Rasulullah SAW. Ada di antara mereka diberikan kekayaan yang melimpah ruah antaranya, Saidina Abu Bakar, Saidina Uthman dan Abdul Rahman Auf.

Mereka semua dianggap golongan berada. Siapa tidak kenal Abu Bakar yang juga merupakan khalifah Islam pertama dan seorang usahawan berjaya.

Ketika mudanya beliau berjaya mengumpulkan 40,000 dirham iaitu hasil daripada perniagaannya tetapi tidak pernah leka dengan kekayaan itu.

Semasa menjadi khalifah Islam pertama, Abu Bakar tidak pernah sekalipun menggunakan kuasanya sebagai pemimpin untuk kepentingan diri atau keluarganya kerana beliau amat takut dengan azab Allah.

Abu Bakar merupakan pemimpin hebat yang tidak ada tolok bandingnya dan meninggal dunia dalam keadaan beliau membelanjakan segala hartanya ke jalan Allah.

Berbalik kepada istidraj, manusia derhaka adalah mereka yang tidak mahu menunaikan suruhan Allah dan sering melanggar larangan-Nya.

Mereka enggan menunaikan kewajipan sebagai hamba dan lebih malang, gemar memperlecehkan hukum agama. Mereka juga cenderung melakukan maksiat dan menzalimi orang lain.

Golongan ini akan jauh daripada hidayah Allah. Mereka langsung tidak patuh dengan suruhan Allah.

Mereka enggan bersolat dan mereka terlalu sayangkan harta hingga mengingkari suruhan menunaikan zakat walaupun mereka diberikan pelbagai bentuk kemewahan.

Mereka diberikan segala kenikmatan tetapi tidak pernah bersyukur dengan nikmat. Golongan ini sanggup menindas dan mengambil kesempatan ke atas orang lain demi kepentingan sendiri. Mereka tamak dan tidak pernah mensyukuri nikmat.

Rasullullah SAW pernah bersabda: “Apabila kamu melihat Allah Taala memberi nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”

Menurut pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zahazan Mohamed, terdapat tiga tanda manusia istidraj iaitu sering memperlecehkan ibadat, penasihat di sekelilingnya bukan di kalangan golongan berilmu (dunia semata-mata) dan tidak mempedulikan nasihat yang baik.

Beliau berkata, amat malang apabila golongan yang diberikan kuasa, kemewahan, pengaruh serta pangkat ini lupa bahawa kesemua nikmat tersebut adalah pemberian Allah dan merupakan “pinjaman”.

Mereka hanyut dengan nikmat yang diberikan hingga pada satu peringkat menjadi angkuh dan bangga dengan kelebihan tersebut. Nikmat itu gagal menjadikan mereka lebih tawaduk dan bertaqwa.

“Mereka langsung tidak nampak segala nikmat yang mereka peroleh itu datangnya daripada Allah. Manusia seperti ini (istidraj) tidak akan sedar nikmat itu sebenarnya tanda kebencian Allah terhadap mereka.

“Mereka juga tidak sedar bahawa segala nikmat dan kelebihan itu boleh ditarik pada bila-bila masa,” katanya.

Firman Allah dalam surah Al-A’raaf ayat 182 yang bermaksud: “Dan orang yang mendustakan ayat Kami, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak ketahui.”

Satu lagi Firman Allah iaitu dalam surah Al-An’am ayat 44 yang bermaksud: “Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan).”

Zahazan berkata, kedua-dua ayat di atas merupakan peringatan Allah kepada manusia istidraj bahawa mereka tidak akan selama-lamanya berada di puncak.

“Dalam surah Al-A’raaf ayat 182 tafsir Ibn Kathir ada menyatakan manusia istidraj akan menaiki tangga dan akhirnya sampai ke tangga paling akhir.

“Apabila berada pada kedudukan itu mereka masih mahu menaiki satu lagi anak tangga tetapi malangnya mereka akan jatuh kerana tiada lagi anak tangga selepas itu ,” kata Zahazan merujuk kepada ketamakan golongan istidraj.

Dalam pada itu katanya, kecenderungan berlakunya istidraj di kalangan manusia tetap ada hinggalah ke hari ini. Mereka adalah dalam kalangan mereka yang mendapat penyakit ghurur (tipu daya).

Manusia seperti ini kata Zahazan, mudah lupa daratan dan menganggap kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat sebagai lambang kekuasaan.

“Mereka mengenepikan Allah daripada segala segi dan golongan itu melebihkan kemewahan dunia,” tegasnya.

Contoh manusia istidraj ialah Firaun, Haman, Qarun, Namrud dan Abu Jahal. Kesemua mereka diberikan kelebihan, kenikmatan dan kemewahan tetapi mereka mengingkari Allah.

Akhirnya, mereka dibinasakan oleh Allah dan mati dalam keadaan yang amat hina.

Justeru beliau meminta masyarakat Islam terutama di kalangan mereka yang diberikan kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat supaya bersikap lebih tawaduk.

“Ingatlah semua pemberian tersebut adalah bersifat sementara kerana tiada apa yang kekal di dunia ini dan ingatlah Allah berkuasa menarik segala-galanya dalam sekelip mata,” katanya lagi.

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
PENULIS ialah wartawan Utusan Malaysia

Pengertian berjihad sesama Islam

Terdapat banyak kekeliruan di kalangan umat Islam tentang pengertian jihad. Kekeliruan pertama ialah tentang makna jihad itu sendiri yang sering dimengertikan sebagai peperangan mengangkat senjata yang membawa kepada pertumpahan darah dan pembunuhan. Yang kedua ialah tentang golongan yang menjadi sasaran jihad atau golongan yang harus diperangi itu.

Ketika berlaku krisis Perang Teluk yang melibatkan dua buah negara Islam iaitu Iraq dan Kuwait, maka kedua-dua belah pihak mendakwa bahawa masing-masing sedang berjihad. Kedua-dua belah pihak mendakwa bahawa mangsa peperangan mereka yang gugur dalam peperangan itu adalah gugur syahid, kerana kedua-duanya sedang berperang jihad.

Peperangan yang dikatakan perang jihad ini sebenarnya tidak menepati makna jihad yang dimaksudkan dalam agama, dan sasaran yang diperangi itu juga bukanlah merupakan sasaran jihad yang sebenarnya seperti yang dituntut oleh agama.

Oleh itu perkara pertama yang seharusnya difahami tentang pengertian jihad ini ialah maksud dan tuntutan jihad serta siapakah atau apakah objek yang seharusnya diperangi dalam menegakkan jihad ini menurut ajaran agama Islam yang suci.

Sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w dari permulaan baginda dibangkitkan menjadi Rasul untuk menegakkan agama Allah s.w.t yang suci di kalangan umat manusia sehinggalah baginda berjaya mengembang dan menegakkan Islam dengan amat kuat sekali sehingga ke hari kiamat nanti, adalah penuh dengan catatan sejarah dan pengajaran yang dapat dijadikan panduan yang amat baik dalam memahami pengertian jihad dan matlamatnya.

Rasulullah s.a.w pada peringkat awal perutusannya di Mekah tidak mempunyai kekuatan yang cukup untuk menentang kekuatan golongan musuhnya dalam berbagai-bagai bidang, khususnya kekuatan fizikal dan mental para pengikut baginda yang amat terhad bilangannya. Oleh itu, jihad baginda pada peringkat awal ini ialah melalui pengajaran baginda bagi menguatkan akidah dan pendidikan bagi meningkatkan rohani dan semangat serta keyakinan diri di kalangan penganut Islam itu sendiri.

Jihad baginda pada peringkat seterusnya ialah kesanggupan baginda dan para sahabat setianya untuk berkorban meninggalkan segala kesenangan dan keselesaan hidup di tanah tumpah darah di Mekah berpindah ke Madinah. Baginda berhijrah ke Madinah dengan segala susah payahnya, adalah satu perintah Allah s.w.t sebagai satu strategi yang penting dan bersejarah dalam perkembangan agama Allah s.w.t dalam fasa barunya, dan dalam mendidik ummah agar dapat mempertingkatkan daya juang mereka dari segi rohani, mental dan fizikal.

Akhirnya setelah baginda mempunyai persiapan yang lengkap dan kekuatan yang dapat menandingi kekuatan musuh serta struktur negara yang kukuh, maka baginda diizinkan berperang menentang pencerobohan dan pengkhianatan para penentangnya yang sengaja melakukan langkah-langkah provokasi bagi menghancurkan agama dan umat Islam. Dalam konteks ini Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi (kaum Muslimin), kerana sesungguhnya mereka telah dianiayai. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berkuasa menolong mereka itu, (iaitu) orang-orang yang diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: Tuhan kami hanyalah Allah. (Al-Haj, ayat 39-40).

Maka ketika inilah baginda memasuki medan jihad yang merupakan peperangan suci untuk mempertahankan agama dan diri daripada musuh-musuh yang sememangnya ingin menghancurkan agama dan umatnya.

Jika kita lihat sejarah perjuangan baginda, ternyata bahawa jihad baginda sepanjang perutusannya ialah untuk menentang kejahilan, kemiskinan, hawa nafsu, sifat bongkak, munafik dan sebagainya. Jihad baginda bermula dengan wahyu pertama yang menekankan tentang tulis dan baca. Ini merupakan lambang peningkatan ilmu pengetahuan dan kebudayaan manusia yang tinggi sebagai makhluk yang bertamadun. Kemudian berjihad menghapuskan kemiskinan dan kepapaan yang dialami oleh orang miskin dan anak yatim, seterusnya berjihad dalam bidang pengajaran dan pendidikan bagi mendidik jiwa manusia supaya kuat dan dinamik dari segi rohani, badani dan aklinya.

Inilah jihad dan perjuangan Rasulullah s.a.w yang memenuhi hidupnya, iaitu mempertingkatkan kehidupan umat dan mutu agama dalam semua bidang, termasuk mempertingkatkan akhlak dan moral manusia dengan contoh teladan baginda yang amat mulia tutur kata dan tingkah lakunya.

Pengertian jihad inilah yang seharusnya difahami dan direalisasikan oleh angkatan umat Islam kini, terutamanya dalam menghadapi arus globalisasi dan penindasan baru yang amat kuat melanda masyarakat dan negara-negara Islam sekarang. Kita kini seolah-olah berada pada pusingan pertama ketika baginda Rasulullah s.a.w memulakan perjuangan di Mekah, iaitu yang menuntut jihad untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan, jihad untuk menghapuskan kemunduran dan kemiskinan, jihad untuk mendidik dan mengajar umat supaya menjadi umat yang dinamik, kuat mental dan fizikalnya.

Tetapi sayangnya pengertian jihad yang sering difahami oleh masyarakat kita, ditambah pula oleh kempen pihak media Barat yang sengaja ingin mencemarkan nama baik Islam ialah jihad yang dihadkan kepada perang sabil atau holy war iaitu berperang dengan menggunakan senjata yang melibatkan pembunuhan dan kekerasan, sedangkan jihad dalam pengertian lain tidak lagi dianggap jihad, dan tidak lagi menjadi cara perjuangan umat kita.

Dalam keadaan inilah timbulnya gejala-gejala yang tidak sihat dalam masyarakat Islam, terutamanya ketika umat Islam akan berperang jihad sesama Islam seperti yang berlaku di Teluk. Dan akhir-akhir ini berlaku di antara umat Islam yang berlainan mazhab dan ideologi politiknya, termasuk jihad yang dilancarkan oleh penyokong seorang ketua negara terhadap golongan yang menentang ketua negara mereka, sedangkan kedua-dua golongan itu adalah terdiri dari sesama Islam, yang mengucap dua kalimah syahadah dan berdoa serta menunaikan sembahyang yang sama, dengan bacaan dan kiblat yang sama. Dalam mempertahankan seorang yang mereka puja maka masing-masing akan bertindak secara kekerasan terhadap golongan lain, dan perbuatan ini mereka namakan jihad.

Bagi saya jihad yang perlu kita laksanakan dalam masyarakat moden ini haruslah mempunyai strategi bagi memperkuatkan ilmu pengetahuan, kekuatan ekonomi dan fizikal umat, dan daya tahan yang kukuh untuk menghadapi segala macam cabaran dan permusuhan yang kita hadapi.

Para belia dan pelajar kita seharusnya melipatgandakan usaha dan kerja mereka berjihad untuk mempertingkatkan pencapaian dan mutu ilmu pengetahuan agar dapat bersaing dan mengatasi golongan lain secara sihat. Kemelut kemasukan ke institusi pengajian tinggi yang melanda masyarakat Islam kini seharusnya menjadi pendorong untuk kita terus berjihad dalam erti kata yang sebenar, iaitu mencapai kecemerlangan dalam segala disiplin ilmu pengetahuan.

Ketika itu barulah kita dapat berbangga bahawa kita telah menghayati semangat jihad yang sebenar yang dituntut agama, bukan jihad dalam bentuk serangan sesama sendiri, sama ada menggunakan senjata atau lidah yang tidak bertulang.

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Oleh ROHIDZIR RAIS www.al-zuhaily.blogspot.com

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Manusia, Malaikat & Syaitan

Manusia – Eh, dah subuh dah?
Malaikat – Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan – Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini…awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia – Nak makan, laparlah ??
Malaikat – Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah…
Syaitan – Ahh, tak payahla… dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia – Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat – Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan – Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia – Alamak, dah lewat!
Malaikat – Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan – Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia – Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat – Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan – Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia – Eh, eh… tak boleh tengok ini, berdosa…
Malaikat – Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah MahaMelihat dan mengetahui !
Syaitan – Perggghh… best tu… . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia – Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat – Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan – Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia – Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat – Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan – Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2…pandai2lah?

Manusia – aku telah berdosa..
Malaikat – Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha pengampun.
Syaitan – Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat… lagipun muda hanya sekali….rugila. .. (kalau sempatla)

Manusia – Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat – Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan – Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu…Jomlahhh?

Manusia – Uuhhh?letihnya hari ni..tak solat lagi nieee?.
Malaikat – Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu…
Syaitan – Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu…

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan info dalam pengetahuan aku saja????????????????????
2. Malaikat – Ingatkan pada kawan yang anda kenal, beritahu tentang info ini
3. Syaitan – Tak payahlah sibuk-sibuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...