Archive for the ‘Current Issue’ Category

Pau Ahmad – Pau Cina – Halal?

Friday, November 20th, 2009

Hari tu ada tengok dokumentari kat NTV7 dalaam bahasa cina tentang bagaimana usahawan cina nak berjaya kat M’sia ni…
Rancangan tu interview taukeh PAU AHMAD.. memang terkejut la tengok dari boss sampai pekerja yang buat pau tu semua bangsa cina..

Mainpoint yang rancangan tu nak highlight dari taukeh PAU AHMAD ni.. dia kata nak berjaya kat M’sia ni simple ja.. kena produce produk yg dapat status Halal.

Kalau tak rugila, coz penduduk sini ramai Islam & sentiasa cari produk Halal..

Satu lagi kenapa guna nama Ahmad.. dia kata senang nak ingat & nama tu nama Islam…

Ntah la.. rasa nak marah pun ada… rasa tertipu pun ada… tapi kebanyakan produk yg dpt status halal kat M’sia ni mmg pengasasnya Cina.


So.. kita kena lahirkan ramai lagi usahawan Islam.. Bumiputera yg boleh hasilkan produk berkualiti…

Company Name : P. A. FOOD SDN. BHD.

Company Number : 255451 – U

List Of Officers
1. 400711-08-5382 LOI NGIK YENG DIRECTOR
2. 420215-08-5111 DING LIENG CHIN DIRECTOR
3. 620424-08-5413 DING HONG SING DIRECTOR
4. 691209-10-6312 SEE SIEW CHOO LS0001940
5. 750403-14-5494 NG GEOK LIAN LS0007155

http://pa-food.com/

pau-ahmad

Hukum terima sumbangan dari duit haram

Friday, June 19th, 2009

Mukaddimah

Hadi mansoura medic student telah bertanya: Boleh tak Orang Islam terima sumbangan hasil judi. Beliau telah memberikan link surat kabar yang menunjukkan sebuah rumah amal sedang menerima sumbangan dari syarikat sports toto. Ini berkait dengan menerima wang yang haram. Hukumnya adalah seperti berikut:

gambar hiasan

Jawapan:

Menerima wang atau harta yang diberikan oleh orang memerolehinya secara haram adalah haram. Ini kerana dua sebab:

1. Membantu terhadap perbuatan memperolehi wang yang haram ini.
2. Menghilangkan hak pemilik asal bagi wang ini.

Pandangan para Ulama:

Syekih Ibnu Taymiyah berkata dalam Majmu’ul Fatawa:

“Sesiapa yang mengetahui seseorang itu mencuri atau mengkhianat harta orang lain atau merampas harta orang lain dan diberikan kepadanya hukumnya haram untuk seorang itu mengambilnya samada dengan cara pemberian, pertukaran, duit sewa bayaran hutang.”

Dr Abbas Ahmad Muhammad al-Baz berkata(ringkasan):

“Bermuamalat dengan pencuri, perompak, pemakan duit riba dengan harta yang haram itu membantunya dan menggalakkan perbuatan memakan harta dengan cara yang salah. Demikian juga memakan makanan atau memakai pakaian yang dirampas oleh orang lain dan dihadiahkan kepadanya atau dijual adalah berdosa kerana menerima dan mengakui perbuatan yang haram. Orang yang bermuamlat dengannya dan orang yang mengambil duit secara haram adalah sama sahaja.”

Dalil pengharaman menerima wang yang diperolehi dari cara yang haram:

1. Rasululullah saw enggan makan daging kambing yang dihidangkan kepadanya dan berkata:

“أجد لحم شاة أخذت بغير إذن أهلها

“Aku mendapati daging kambing ini diambil tanpa izin dari pemiliknya.” (Hr Abu Daud)

2. Abu Mas’ud al-Ansari ra berkata:

أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن ثمن الكلب ومهر البغي وحلوان الكاهن

“Nabi saw menegah dari harta hasil jualan anjing, hasil pelacuran dan hasil perbomohon (dgn cara yang dilarang).” (Hr Bukhari dan Muslim)

3. Hadis yang diriwayatkan oleh sahih bukhari yang menceritakan bagaimana Abu Bakar cuba memuntahkan makanan hasil dari kerja haram yang dilakukan oleh hambanya ketika masih kafir.

Kesimpulan: Perbuatan menerima sumbangan dari syarikat pertaruhan adalah haram. Makan hasil dari wang ini juga dilarang kerna Allah berfirman:

يأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا

“Wahai Manusia makanlah apa yang ada di bumi benda yang halal dan baik.” (2 : 168)

Rujukan: Ahkamul Malil Haram oleh Dr Abbas Ahmad.

Sisters in Islam – Jangan guna nama Islam jika mahu bertentangan dengan syarak

Monday, June 8th, 2009

Penulis blog ini juga telah sekian lama ingin menyuarakan isu yang sama. Berikut adalah artikel dari harakahdaily yang mana penulis merasakan ia bertepatan dengan apa yang penulis ingin nyatakan.

—————–

Sisters in Islam (SIS) lebih baik menukarkan perkataan Islam pada pertubuhan itu kepada nama lain jika lebih banyak berperanan menentang syariat Islam, kerana ia boleh mengelirukan orang Islam.

Ulama Islam sudah letih dengan golongan bernama Islam dan berpersatuan menggunakan perkataan Islam sebaliknya lebih banyak mencari kesalahan dalam Islam daripada bertindak sebagai kumpulan yang menegakkan syariat Islam.

Tidak ada persatuan yang menggunakan nama agama mereka dan bertindak memburukkan serta mencari kesalahan kepada agama mereka sendiri sebalik kumpulan yang meletakkan Islam pada nama pertubahan itu boleh bertindak mencerca dan menghina peraturan Islam.

Islam mempunyai syariatnya tersendiri dan sesuai diterima mengikut arus zaman bagi melahirkan masyarakat, negara serta keluarga dan individu yang harmoni mengikut had dan batas yang ditentukan.

Jika peranan syariat ini tidak diguna pakai ia akan melahirkan manusia seumpama binatang dan ini nyata berbeza serta bertentangan dengan apa yang diperjuangkan pada `zaman pencerahan’ iaitu menanam kebencian terhadap peranan agama Kristian bagi mendapatkan kebebasan mutlak.

Sebagai orang Islam mereka sepatutnya mempelajari Islam melalui ulama Islam bukan daripada musuh Islam seperti golongan orientalis.

Dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-55, usul daripada PAS Kawasan Shah Alam menggesa kerajaan mengharamkan SIS jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat pemulihan ke atas ahlinya.

Gesaan itu terkandung dalam salah satu yang diterima tanpa bahas semalam, di Stadium Melewati, Shah Alam.

Usul itu antara lain berbunyi menyedari bahawa aliran dan pandangan dibawa oleh SIS boleh mengelirukan masyarakat, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat program pemulihan ke atas ahlinya.

Sebaliknya kumpulan SIS yang berpendidikan Barat itu mengecam tindakan PAS dan menurut Pengurus Program SIS, Norhayati Karpawi, PAS merupakan sebuah parti politik yang autokratik dan hipokrit dalam perjuangannya.

Siapa yang hipokrit? PAS menggunakan nama Islam untuk memperjuang dan menegakkan syiar dan syariat Islam atau SIS yang menggunakan perkataan Islam pada pertubahan sebaliknya memburuk dan menentang syariat Islam.

Tindakan SIS itu bukan sahaja mencemar nama baik Islam malah boleh merosakkan akidah Islam mereka.

SIS juga tidak berakhlak sebagai orang Islam kerana menghebohkan pendapat beliau yang bertentangan dengan Islam kepada umum bukan merujuk dan meminta pandangan ulama yang arif tentang Islam terlebih dahulu.

Oleh yang demikian sayugialah Majlis Fatwa Kebangsaan mengkaji peranan SIS sama ada ia menguntungkan Islam atau lebih banyak mendatangkan keburukkan kepada Islam manakala ahlinya perlu dipulihkan kembali akidah mereka.

SIS juga mendakwa: �PAS bersifat autokratik dan tidak mendokong prinsip demokrasi yang dilaung-laungkannya selama ini.

“Hal ini jelas bertentangan dengan prinsip kebebasan berpersatuan dan kebebasan bersuara yang diamalkan dalam kerajaan pakatan rakyat,” kata Nohayati dalam sebuah media online semalam.

Orang Islam tidak menyekat kebebasan bersuara SIS sebaliknya perkataan Islam pada SIS dan peranan orang Islam dalam pertubahan itu yang membolehkan PAS dan orang Islam menegur dan mengkritik SIS.

Jika SIS tidak mahu ditegur mereka hendaklah didokongi oleh orang bukan Islam dan membuang perkataan Islam pada pertubuhan itu.

Barulah hujah boleh dilawan hujah atau berdebat sekalipun. Jika tidak tiada guna ulama melayan orang Islam atau pertubuhan yang meletakkan perkataaan Islam sebaliknya bersifat menentang syariat Islam.

Sekiranya mereka tetap berdegil mahkamah syariah boleh mendakwa mereka sebagaimana mahkamah pernah mendakwa orang Islam yang mengaku sebagai rasul Melayu, iaitu Kahar Ahmad.

SIS ditubuhkan pada 1990, apabila Dr Aminah Wadud yang pernah menimbulkan kontroversi menjadi imam sembahyang Jumaat dan sekumpulan wanita berfikiran sealiran dengannya menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memperjuangkan apa yang didakwa tidak adil kepada wanita.

Zainah Anwar menjadi pengasas dan ketua SIS yang berfahaman sekular dan liberalisme walaupun bertopengkan nama Islam pada organisasinya. SIS dicengkam dengan gaya berfikir cetusan `Enlightment� di Eropah beberapa kurun yang lalu.

Mufti Perak, Harussani Zakaria dalam satu ceramahnya pernah menyifatkan mereka ini (SIS) telah terkeluar Islam kerana mempertahankan Islam liberal yang mengatakan al-Quran sudah ketinggalan zaman.

Ahli Umno dalam perhimpunan Agungnya pada 2006 pernah mengungkit tentang kumpulan ini yang dikatakan mencabar dan menghina undang-undang Syariah.

Norhayati kemudiannya menghentam pemimpin Umno di Perhimpunan Agung Umno 2006 yang dituduh beliau sengaja mengapi-apikan sentimen dengan niat buruk terhadap kumpulan itu.

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) cawangan Pulau Pinang pernah menyelar sekeras-kerasnya program ‘Musawah’ iaitu Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family anjuran kumpulan ini.

Ia menyifatkan kumpulan SIS sebagai pendukung kuat fahaman sesat Islam Liberal di Malaysia dan program pertemuan Musawah dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan sebagaimana yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulamak muktabar.

Baca 3 Surah Untuk Menjadikan Anak Pandai

Thursday, June 4th, 2009

Ibu kepada kanak-kanak pintar, Adi Putra Abdul Ghani, 6, gemar membaca surah Maryam, Yusuf dan Luqman sebagai amalan harian, terutama pada waktu lapang ketika mengandungkannya.

Serihana Elias, 30, berkata, dia juga tidak dapat melupakan peristiwa bermimpi melihat sebutir berlian di langit, hasil gabungan lima bintang yang cukup terang dan bersinar-sinar ketika berusia belasan tahun dan percaya ia ada kaitan dengan kelahiran Adi Putra.

“Mengandungkannya tidak sama mengandungkan dua anak yang lain. Naluri untuk mengaji dan membaca tiga surah berkenaan lebih kuat. Kalau hari ini saya membaca surah Maryam berulang-ulang kali, keesokannya pula saya membaca surah Yusuf dan Luqman,” kata Serihana, ketika menceritakan amalan dilakukannya ketika mengandungkan anak bongsunya itu.

Serihana yang mendirikan rumah tangga dengan Abdul Ghani Abdul Wahid, ketika berusia 18 tahun, berkata amalan membaca al-Quran ketika mengandung sudah menjadi kebiasaan kepada dirinya.

“Ketika mengandungkan dua anak yang lain iaitu Amirul Ezuan, 10, dan Seri Amelia, 8, saya tidak menumpukan kepada tiga surah saja, sebaliknya akan membaca keseluruhan surah dalam al-Quran,” katanya yang pernah menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Slim River, Perak, selama lima tahun.

Adi Putra yang belajar sendiri di rumah bersama ibu bapanya dianggap pakar dalam menyelesaikan soalan Algebra, Trigonometri dan Indeks dan kepintarannya itu menyebabkan beberapa guru gemar merujuk kepadanya mengenai formula tertentu menyelesaikan soalan matematik.

Dia sering menghadiri majlis motivasi anjuran pelbagai pihak dan sehingga kini sudah menerima 26 sijil penghargaan, termasuk diiktiraf sebagai pakar motivasi daripada Majlis Guru Besar Daerah Larut, Matang dan Selama.

Kepintarannya juga menyebabkan ada sekolah rendah dan menengah menjemputnya untuk memberikan motivasi, selain dua institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Tanjung Malim dan Universiti Sains Malaysia
(USM).

Semalam, Adi Putra, ditemani bapanya, Abdul Ghani, 47, dan Serihana menghadiri Program Malaysia Hari Ini
(MHI) di TV3.

Esok pula, Adi Putra akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Menurut Serihana, dia tidak dapat melupakan mimpi itu sampai bila-bila kerana bukan mimpi biasa sebagai mainan tidur.

“Mimpi itu penuh makna kerana saya melihat lima bintang membentuk sebutir permata yang bersinar-sinar di langit.

“Mulanya saya sangka kehidupan menjadi semakin hebat sebelum berkahwin, tetapi biasa saja. Bagaimanapun, selepas berkahwin dan menimang cahaya mata bernama Adi Putra, barulah saya sedar mungkin mimpi itu sebagai petunjuk kelahiran insan istimewa,” katanya.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu mengatakan kepintaran luar biasa Adi Putra dikesan ketika anak bongsunya itu dapat menghafal sifir Matematik sekali gus membetulkan kesilapan sifir yang diperdengarkan abang sulung.

“Adi Putra anak yang istimewa. Dia mempunyai aura yang sama sekali tidak dimiliki kanak-kanak lain seusianya. Kepintarannya agak luar biasa sehingga mampu menyelesaikan masalah Matematik, selain mencipta formulanya sendiri.

“Saya sama sekali tidak menduga Adi Putra mampu menghafal sifir. Mustahil bagi seorang kanak-kanak berusia empat tahun dapat menghafal sifir berkenaan. Lagipun dia tidak pernah mendapat pendidikan secara formal di sekolah ataupun mendalami subjek itu.

“Pada mulanya Adi Putra sekadar menangis meminta untuk dia turut sama menghafal sifir seperti abangnya. Bagaimanapun saya tersentak, selepas dia mampu menghafal sifir dua, sebelum menghafal keseluruhan sifir terakhir iaitu dua belas,” katanya.

Sambil berbangga dengan kepintaran anaknya, Serihana berkata, dia bukan saja seorang pintar, tetapi bercita-cita untuk menjadi Profesor Matematik Islam berjaya sekali gus menyebarkan ilmu dimiliki kepada masyarakat.

Sikap suaminya yang penyayang dan mengambil berat terhadap anak sedikit sebanyak menaikkan motivasi Adi Putra dan anak lain.

“Dua petua yang diamalkan abang yang sewajarnya diikuti ibu bapa, pertamanya mereka perlu memilih nama yang baik dan keduanya nama anak perlulah dipanggil dengan nama penuh kerana mempunyai kaitan dengan pintu rezeki mereka,” katanya.

Difahamkan Adi Putra yang bertemankan sebuah komputer akan dapat menyelesaikan masalah Matematik atau menemui formula baru, selepas mendapat ilham antara jam 12 tengah malam sehingga empat pagi.

Dia turut menanam azam tinggi untuk menabur bakti seperti idolanya iaitu Naib Canselor Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech, Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh.

Adi Putra pernah menunjukkan kepintaran luar biasanya dalam ujian kepintaran minda di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau Baru, Kuala Kurau, Perak apabila memberi jawapan betul dan pantas mengalahkan 19 guru dan 230 murid Tahun Satu hingga Enam sekolah berkenaan.

Malah, kanak-kanak itu hanya mengambil masa kurang satu minit menjawab soalan asas matematik, manakala soalan peringkat sekolah menengah dan asas universiti pula kurang lima minit dengan hanya menggunakan jari dan kekuatan ingatannya.

Sanggupkah anda makan Kentucky Fried Chicken

Tuesday, June 2nd, 2009

Hukum Pelaburan ASB

Wednesday, May 6th, 2009

Hukum Amanah Saham melalui keputusan Fatwa Negeri mengenai pelaburan ASB ini :

Fatwa Negeri yang memutuskan ianya adalah HARUS :
1) Keputusan Fatwa Negeri Sarawak : Harus
2) Keputusan Fatwa Negeri Perak : Harus dan keuntungannya halal

Fatwa Negeri yang memutuskan ianya adalah HARAM :
1) Keputusan Fatwa Negeri Selangor : Haram

Manakala, keputusan Fatwa Negeri Terengganu telah memutuskan jawapan yang kurang pasti. Dalam erti kata lain, sebarang pelaburan yang menyalahi hukum syarak maka hukumnya adalah haram.

Sampai ke hari ini saya/kita masih menunggu keputusan dan jawapan dari Mufti Kebangsaan mengenai hukum pelaburan di ASB ini. Kelemahan yang paling nyata di dalam pengurusan pelaburan ASB ini (yang dikendalikan oleh pihak PNB) adalah apabila tiadanya ahli majlis penasihat syariah suruhanjaya sekuriti yang mengkhususkan (memantau dan memastikan) pelaburan tersebut dilaburkan ke kaunter yang mengikut hukum syarak dan halal. Rujuk semula prospektus dan lihat di manakah ianya telah dilaburkan.

RASULULLAH S.A.W telah bersabda: “Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan sesungguhnya yang haram itu jelas. Dan di antara keduanya adalah (perkara-perkara) yang syubhat (serupa, samar, tidak jelas), yang kebanyakan (umumnya) orang tidak (dapat) mengetahuinya. Maka barangsiapa yang takut (menjaga diri, berhati-hati) dari perkara yang syubhat itu, maka dia telah menjaga (membebaskan, membersihkan) agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang terjerumus kepada yang syubhat, maka dia terjerumus kepada yang haram. Seperti seorang penggembala yang menggembala di sekitar tempat yang terlarang, hampir saja dia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa setiap raja/penguasa mempunyai batas/larangan.Ingatlah bahawa batas/larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkannya. Ingatlah bahwa sesungguhnya di dalam jasad (tubuh seseorang) itu adan segumpal daging, ia baik maka akan baiklah jasad itu seluruhnya. Dan apabila ia rusak, maka rusaklah jasad itu seluruhnya. Ingatlah ia itu adalah hati.”
[Sahih Muslim: III: 1219-1220; Kitab Al Musaqat]

Kemusykilan Agama – Sambutan Hari Ibu Haram?

Tuesday, May 5th, 2009

Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”

Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]

Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.

Babi diharamkan oleh semua agama Samawi!

Friday, May 1st, 2009

Di dalam buku Halal dan Haram dalam Islam Oleh Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi telah disebutkan beberapa jenis haiwan yang haram dimakan oleh orang Islam.

“Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.”
(al-Baqarah: 168)

Firman Allah: “Hai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari apa-apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta bersyukurlah kepada Allah kalau betul-betul kamu berbakti kepadaNya. Allah hanya mengharamkan kepadamu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih bukan kerana Allah. Maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih.” (al-Baqarah: 172-173)

Iaitu sebagaimana difirmankan Allah:

“Katakanlah! Aku tidak menemukan tentang sesuatu yang telah diwahyukan kepadaku soal makanan yang diharamkan untuk dimakan, melainkan bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; kerana sesungguhnya dia itu kotor (rijs), atau binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih.” (al-An’am: 145)

Dan dalam surah al-Maidah ayat 3 al-Quran menyebutkan binatang-binatang yang diharamkan itu dengan terperinci dan lebih banyak.

Firman Allah: “Telah diharamkan atas kamu bangkai, darah, daging babi, binatang yang disembelih bukan kerana Allah, yang (mati) kerana dicekik, yang (mati) kerana dipukul, yang (mati) kerana jatuh dari atas, yang (mati) karena ditanduk, yang (mati) kerana dimakan oleh binatang buas kecuali yang dapat kamu sembelih dan yang disembelih untuk berhala.” (al-Maidah: 3)

Ibnu Abbas pernah ditanya tentang limpa (thihal), maka jawab beliau: Makanlah! Orang-orang kemudian berkata: Itu kan darah. Maka jawab Ibnu Abbas: Darah yang diharamkan atas kamu hanyalah darah yang mengalir.

Empat langkah pencegahan itu ialah:

# Merancang dan mengambil langkah pencegahan kendiri dalam mengelakkan hubungan dengan mereka yang diketahui atau disyaki pembawa virus selesema babi atau kawasan, mahu pun negara dilanda wabak itu, ketika di luar negara.

# Memberi perhatian serius serta mematuhi nasihat dikeluarkan pihak berkuasa tempatan di kawasan yang mereka sedang berada, dan melaporkan kes atau kes yang disyaki dalam usaha untuk memantau keadaan dan juga memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang terjejas.

# Rakyat Malaysia juga dinasihati mengambil inisiatif membentuk kesedaran diri mengenai wabak selesema babi.

# Sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai wabak selesema babi.

Dalam pandangan agama Yahudi dan Nasrani (kitabi), Allah mengharamkan kepada orang-orang Yahudi beberapa binatang laut dan darat. Penjelasannya dapat dilihat dalam Taurat (Perjanjian Lama) fasal 11 ayat 1 dan seterusnya Bab: Imamat Orang Lewi.

Dan oleh al-Ouran disebutkan sebahagian binatang yang diharamkan buat orang-orang Yahudi itu serta alasan diharamkannya, iaitu seperti yang kami sebutkan di atas, bahawa diharamkannya binatang tersebut adalah sebagai hukuman berhubung kezaliman dan kesalahan yang mereka lakukan.

Firman Allah: “Dan kepada orang-orang Yahudi kami haramkan semua binatang yang berkuku, dan dari sapi dan kambing kami haramkan lemak-lemaknya, kecuali (lemak) yang terdapat di punggungnya, atau yang terdapat dalam perut, atau yang tercampur dengan tulang. Yang demikian itu kami (sengaja) hukum mereka. Dan sesungguhnya Kami adalah (di pihak) yang benar.” (al-An’am: 146)

Demikianlah keadaan orang-orang Yahudi. Sedangkan orang-orang Nasrani sesuai dengan ketentuannya harus mengikuti orang-orang Yahudi. Kerana itu Injil menegaskan, bahawa Isa a.s. datang tidak untuk mengubah hukum Taurat (Namus) tetapi untuk menggenapinya.

Tetapi suatu kenyataan, bahawa mereka telah mengubah hukum Taurat itu. Apa yang diharamkan dalam Taurat telah dihapus oleh orang-orang Nasrani –tanpa dihapus oleh Injilnya– mereka mau mengikuti Paulus yang dipandang suci itu dalam masalah halalnya semua makanan dan minuman, kecuali yang memang disembelih untuk berhala kalau dengan tegas itu dikatakan kepada orang Kristian: “Bahawa binatang tersebut disembelih untuk berhala.”

Paulus memberikan alasan, bahawa semua yang suci halal untuk orang yang suci, dan semua yang masuk dalam mulut tidak dapat menajiskan mulut, yang dapat menajiskan mulut ialah apa yang keluar dari mulut.

Mereka juga telah menghalalkan babi, sekalipun dengan tegas babi itu diharamkan oleh Taurat sampai hari ini.

Orang Yahudi juga diharamkan daripada memakan babi sepertimana yang telah diajar di dalam kitab Taurat.

Timbalan Menteri Kesihatan Yakov Litzman, seorang ahli parti keagamaan ultra berkata pada awal minggu ini nama “selsema babi” tak patut digunakan kerana mengandungi nama haiwan yang diharamkan oleh agama Yahudi.

Sebaliknya dia berkata pihak berkuasa patut memanggil virus yang sedang tersebar ke seluruh dunia sebagai “selsema Mexico”.

Duta Mexico Frederico Salas dan envoy Israel ke Mexico Yosef Livne kedua-duanya telah menyerahkan rungutan rasmi di Kementerian Luar Negeri pada hari Selasa untuk memprotes terma baru itu.

Agama Samawi adalah agama yang diwahyukan oleh ALLAH dan diturunkan kepada agama-agama wahyu tersebut kitab-kitab suci mereka sebagai panduan syariat, ibadat dan akhlak. Agama Samawi terbahagi kepada tiga sahaja iaitu :

* Agama Yahudi – diturunkan kitab Taurat dan Zabur (Nabi Daud A.S dan Nabi Musa A.S).
* Agama Nasrani – diturunkan kitab Injil(Nabi Isa A.S).
* Agama ISLAM – diturunkan Al-Quran (Nabi Muhammad S.A.W).

http://www.isuhot.com

Ancaman Selsema Babi dan Peringatan Allah

Friday, May 1st, 2009

Wabak Selsema Babi adalah kombinasi daripada tiga virus iaitu Virus Selsema Burung, Virus Selsema Manusia dan Virus Selsema Babi. Virus ini menyerang sistem pernafasan disebabkan oleh virus selsema jenis A (H1N1) yang mula dikesan sejak 1988. Sehingga kini seramai 159 orang disahkan meninggal dunia dan dianggarkan lebih 1,300 orang sebagai pengidap. Manakala negara-negara yang kini terlibat dengan wabak selsema babi ini ialah Mexico, Amerika Syarikat dan beberapa negara Asia.

Wabak ini dikatakan ia mudah berjangkit melalui sentuhan langsung dengan babi atau pemindahan virus selsema babi kepada manusia dan manusia sesama manusia. Antara kesan yang dapat dikenal pasti apabila seseorang itu terkena wabak ini ialah :

* Apabila suhu badan melebihi 37.8 darjah celsius

* Sakit badan

* Batuk

* Berhingus

* Bersin

* Sesak nafas

* Hilang selera makan

* Muntah, dan cirit birit

Kini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran kepada semua negara agar mengambil langkah tegas mengawal penularan wabak ini. Jika kita perhalusi ancaman ini, adakah ini sebagai peringatan daripada Allah SWT ? Di dalam al-Quran banyak memberi amaran kepada manusia yang mengkufuri dan melakukan maksiat kepada Allah SWT dengan pelbagai ancaman. Antara ancaman tersebut ada yang berbentuk kesengsaraan di dunia dan ada yang berbentuk kesengsaraan di akhirat. Di antara kesengsaraan di dunia ialah seperti bencana alam, peperangan, kemalangan, dan serangan wabak penyakit. Fikir sejenak…

Selain itu juga, di dalam al-Quran juga ada memperingati tentang pengharaman babi yang akan membinasakan kehidupan manusia. Justeru itu, timbul di sini persoalan yang perlu difikir bersama iaitu apakah perkaitan antara pengharaman babi dengan wabak yang dahsyat ini?. Benarkah virus boleh berubah dalam bentuk yang lebih bahaya pada babi?. Menurut pengkaji, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah menjadi lebih berbahaya dari semasa ke semasa.

Firman Allah SWT di dalam al-Quran surah al- maidah : ayat 3 :

Maksudnya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.”

Berdasarkan ayat tersebut, jelas bahawa Allah SWT mengharamkan sesuatu perkara mempunyai hikmah yang tertentu. Antaranya, bertujuan membuktikan perhambaan diri kepada Allah azza wa jalla dan menyelamatkan manusia daripada kerosakan. Menurut kajian saintis, memakan daging babi menyebabkan seseorang boleh dihinggapi hampir 70 jenis penyakit.

Yakinlah bahawa Islam adalah agama Allah yang benar, memenuhi keperluan fitrah setiap manusia. Oleh itu, pengharaman Islam terhadap babi, arak, zina, rasuah, judi dan sebagainya adalah untuk menjaga maslahah nyawa dan kehidupan manusia seluruhnya. Kalam ini mengharapkan adanya usaha yang terancang pihak kerajaan dalam menguatkuasakan pengharaman ke atas perkara-perkara yang jelas ditegah oleh Allah SWT.

http://ibnismail.wordpress.com

Apakah hukuman terhadap kesalahan murtad?

Monday, April 20th, 2009

Hukuman bunuh adalah hukuman bagi kesalahan murtad. Ia telah menjadi kesepakatan para ulama silam. Ia bersandarkan satu hadis Nabi s.a.w. maksudnya berbunyi : “Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah ia”. (Riwayat Bukhari).

Dr. Wahbah az-Zuhaili berkata : “Dan para fuqaha telah sepakat di atas kewajipan bunuh terhadap murtad…dan para ahli ilmu telah ijmak di atas kewajipan membunuh orang yang murtad”. (al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, juzuk 7, halaman 5580).

Keadilan Islam dalam hukuman murtad

Timbul satu persoalan di benak fikiran ramai umat Islam dan golongan bukan Islam tentang agama Islam yang begitu keras menghukum orang yang murtad. Di mana kebebasan beragama yang termaktub dalam perlembagaan? Alangkah zalimnya Islam hingga sanggup menghukum bunuh orang yang murtad?

Persoalan ini perlu dijelaskan dengan rapi dan teliti. Secara umum, Islam itu adil. Kalau tidak adil itu bukan ajaran Islam. Hukuman yang zalim sudah tentulah bukan daripada ajaran Islam. Oleh itu, bagi menilai hukuman murtad maka adalah wajar Islam yang bersumberkan Quran dan sunnah dikaji. Maka hukuman murtad juga mestilah diteliti berdasarkan Quran dan sunnah, bukannya sunnah sahaja.

Quran memberikan kebebasan untuk manusia memilih agamanya. Sesungguhnya tiada paksaan dalam agama. Firman Allah mafhumnya :“Tidak ada paksaan dalam agama”. (Surah al-Baqarah : 256).

Quran juga menegur sikap memaksa untuk beriman dalam firman Allah mafhumnya : “Adakah kamu (hendak) memaksa manusia hingga mereka menjadi orang yang beriman”. (Surah Yunus : 99).

Jika diteliti dalam Quran, tidak disebut hukuman bunuh terhadap orang murtad secara langsung. Antara yang disebutkan ialah amalan kebaikan orang yang murtad tidak diterima dan dia akan dimasukkan ke dalam Neraka. Ini dirakamkan dalam Al-Quran mafhumnya :“Sesiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya lalu mati dalam kekufuran, maka merekalah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat. Dan merekalah ahli Neraka yang kekal di dalamnya”. (Surah al-Baqarah : 217).

Allah juga berfirman : “Bagaimana Allah akan memberi hidayah kepada satu golongan yang kufur selepas iman mereka, serta mereka bersaksi bahawa Rasul adalah benar, dan datang akan mereka oleh keterangan. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah kepada orang yang zalim”. (Surah Aali I’mran : 86).

Kalau pengertian ayat ini difahami dengan baik, ia sebenarnya sudah menjadi hukuman yang amat berat bagi orang yang murtad.

Bagaimana sunnah melihat kepada hukuman murtad ini?

Kalau begitu yang tersurat dalam Quran, di manakah diambil hukuman bunuh kepada orang murtad? Sebenarnya hukuman ini diambil daripada sunnah Nabi s.a.w. yang sahih iaitu sabdanya yang bermaksud : “Sesiapa yang menukar agamanya (Islam kepada agama lain) maka bunuhlah dia”. (Riwayat Bukhari).

Ini diperkuatkan lagi dengan hadis yang lain maksudnya berbunyi : “Tidak halal darah seorang muslim melainkan dengan salah satu daripada tiga perkara : Duda/janda yang berzina, jiwa dengan jiwa (qisos) dan orang yang meninggalkan agama serta memisahkan daripada jamaah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Begitu juga dalam athar diceritakan bahawa Muadz bin Jabal r.h. bertemu dengan Abu Musa r.h. dan didapati ada seorang lelaki yang diikat. Apabila disoal siapakah lelaki tersebut, Muadz diberitahu bahawa dia adalah seorang lelaki Yahudi yang menganut Islam namun kemudian dia keluar murtad untuk menganut semula agama Yahudi. Melihat kes tersebut. Muadz berkata bahawa beliau tidak akan duduk hinggalah lelaki Yahudi itu dibunuh kerana ia adalah hukuman daripada Nabi s.a.w. sendiri.

Ini adalah kefahaman para sahabat. Sudah tentu Muadz bin Jabal r.h. sebagai salah seorang sahabat besar Nabi s.a.w. tidak akan berkata sesuatu melainkan ia pasti daripada Nabi s.a.w.

Begitulah amalan para sahabat Nabi r.a. Abu Bakar as-Siddiq r.a. memerangi golongan yang enggan membayar zakat dan sebahagian sahabat r.a yang lain sebagaimana diceritakan dalam kitab-kitab hadis dan fiqh. Bahkan disebutkan bahawa hukuman bunuh terhadap jenayah murtad adalah disepakati oleh para ulama.

Dalam suasana umat Islam hari ini, bagaimana kefahaman yang sesuai untuk kita memahami hukuman bunuh terhadap kesalahan murtad?

Adalah menjadi dasar untuk umat Islam berpegang teguh dengan ajaran Quran dan sunnah. Namun ada masanya berlaku perubahan hukum akibat kefahaman yang berbeza terhadap nas-nas Quran dan sunnah itu sendiri.

Bagi menghimpunkan antara Quran dan sunnah, maka murtad ada dua jenis :
1. Murtad yang memerangi Islam
2. Murtad yang tidak memerangi Islam

Murtad jenis pertama ialah murtad yang berbahaya. Orang murtad ini bukan setakat keluar daripada Islam tetapi memerangi Islam. Dia mencaci dan menghina Islam. Dia menulis buku, artikel dan sebagainya bagi menggambarkan keburukan Islam. Dia mempersendakan hukum Islam. Dia juga menyeru orang lain untuk membenci Islam. Ada juga yang hanya masuk Islam bukan dengan niat yang betul tetapi sekadar mempermainkan agama sahaja. Ini memang patut dihukum bunuh kerana ia sama seperti jenayah khianat. Penganut agama lain pun akan marah jika ada orang menghina agama mereka, tuhan mereka dan ajarannya. Bayangkan jika seorang India beragama Hindu keluar daripada agama Hindu untuk memeluk Islam dengan rela. Setelah menganut agama Islam, dia meludah tuhan orang Hindu, menghina agama mereka, memperbodohkan amalan agama mereka dan memperlekehkan apa sahaja yang berkaitan dengan agama. Ketika ini, sudah pasti setiap penganut agama Hindu akan marah dan berazam untuk membunuh pengkhianat tersebut. Dalam Quran, kita dilarang untuk mencaci atau menghina mana-mana agama atau tuhan agama lain.

Adapun murtad jenis kedua iaitu murtad ringan, Dia tidak melakukan semua itu. Dia mungkin hanya tidak berpuas hati dengan Islam akibat umat Islam yang rosak akhlak. Mungkin kerana kemunduran umat Islam. Mungkin kerana ajaran agama yang dirasakan berat hasil tafsiran golongan tertentu yang sempit dalam memahami Islam. Mungkin dia menganut Islam kerana ingin berkahwin tetapi setelah berkahwin, pasangannya mengabaikannya. Golongan seperti ini wajar diberi penerangan agar jelas dengan ajaran Islam yang sebenar. Dalam istilah fiqh disebut sebagai diminta bertaubat.

Jika hukuman bunuh terhadap murtad berdasarkan hadis sahih, kenapa kita perlu meraguinya lagi?

Hadis sahih hendaklah diterima dengan baik. Walau bagaimanapun, hadis sahih dalam masalah murtad masih lagi termasuk dalam hadis Aahad. Petunjuk atau dalalah bagi hadis ini masih lagi dalam daerah zonn, (sangkaan) bukannya qatie (pasti).

Daripada sudut sunnah atau hadis pula, arahan Nabi s.a.w. agar orang murtad dibunuh boleh lagi dikaji. Ada kemungkinan sabda tersebut adalah berdasarkan sifat Nabi s.a.w. sebagai ketua negara. Oleh itu, jika ada kepentingan untuk melaksanakan hukuman bunuh, maka kerajaanlah yang bertanggungjawab melaksanakannya. Perkara ini telah menjadi kajian ulama silam yang muktabar. Antaranya al-Imam al-Qurafi (683 H) yang membicarakan dalam kitabnya al-Furuuq pada perbahasan perbezaan nombor 36. Beliau menyebut bahawa ada waktunya Nabi bertindak sebagai seorang Nabi dengan menyampaikan fatwa. Kadang-kadang pula tindakan Nabi s.a.w. sebagai seorang hakim dan ada masanya sebagai ketua negara. Tindakan berdasarkan fatwa tidak perlu menjadi persoalan tetapi tindakan berdasarkan sifatnya sebagai hakim atau ketua negara tentulah berasaskan maslahat dan kebaikan. Selain itu, apakah sabda Nabi s.a.w. agar orang yang murtad itu dibunuh difahami secara mutlak atau perlu ada syarat-syaratnya yang lain. Kalau dikaji dalam Perjanjian Hudaibiyyah yang berlaku dalam akhir tahun enam Hijrah, ada satu terma syarat menyatakan bahawa sesiapa yang datang kepada golongan Quraish di Makkah, maka ia tidak perlu dihantar kepada umat Islam semula di Madinah. Ada sahabat yang tidak bersetuju dengan syarat ini. Nabi s.a.w. menjawab : “Ya. Sesiapa yang meninggalkan kita dan pergi kepada mereka (Quraish), maka Allah menjauhkannya”.

Adakah kefahaman begini bermakna bahawa kita umat Islam menggalakkan murtad?

Ini bukanlah bermakna bahawa kita kena redha dan gembira dengan murtad. Quran menjelaskan bahawa Allah tidak redha akan kekufuran bagi hamba-hambaNya. Firman Allah mafhumnya : “Dan Allah tidak redha agi hamba-hambaNya akan kekufuran”. (Surah az-Zumar : 7).

Dan kaedah juga menyatakan bahawa redha dengan maksiat adalah maksiat, dan redha dengan kekufuran adalah kufur. Oleh itu, kita mempunyai beberapa tanggungjawab, antaranya :
1. Berdakwah kepada masyarakat muslim agar faham dan mempunyai aqidah yang kuat serta beriltizam dengan hukum-hukum syarak.
2. Berdakwah kepada masyarakat non muslim bagi menarik mereka mendapat cahaya iman dengan menunjukkan pengamalan Islam yang menyeluruh (syumul).
3. Memantapkan usaha agar aqidah, kebajikan dan sebagainya bagi umat Islam – baru atau lama – dijaga dengan baik. Ini termasuk aspek pemantapan ilmu, bantuan kewangan, bantuan sosial dan sebagainya.

Kalau selepas itu, berlaku juga murtad maka kita hendaklah beristighfar dan memuhasabah diri kita samada kita sudah melaksanakan tanggungjawab kita dengan baik atau tidak. Sesungguhnya tiada orang yang akan murtad jika dia tahu keindahan dan kehebatan Islam.

Kefahaman terhadap hukuman murtad melalui dua jenis ini akan menzahirkan keadilan dan toleransi Islam. Jika tidak diberikan perincian begini, secara langsung ia menggambarkan bahawa Islam adalah agama yang zalim. Tambahan pula umat Islam ketika ini berada dalam keadaan yang lemah dalam banyak keadaan. Kefahaman ini mungkin betul dan mungkin juga tidak berapa tepat. Apapun, kes murtad memerlukan penyelesaian menyeluruh.

Categories
Hadis

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah meredhakan tiga perkara bagi kamu dan Ia membenci tiga perkara bagi kamu. Ia redha supaya kamu mengabdikan diri kepada-Nya dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan supaya kamu semua berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Dan Ia membenci bagi kamu berkata begini begitu, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.” — (Muslim)

StatPress
Visits today: 42
Total Visits: 14822
Since 13 Mac 2009