Archive for the ‘Quran’ Category

SURAH AL FATIHAH MENCAKUP SEGALA ILMU PENGETAHUAN

Sunday, May 31st, 2009

Menurut Imam Al Ghazali bahawa Al Quran mengandung sepuluh dasar ilmu pengetahuan umum dan tiap-tiap ilmu itu membawahi beberapa macam ilmu :

1. Ilmu untuk mengenal zat Allah swt.

2. Ilmu untuk mengenal sifat-sifat Allah swt. Mengenai zat Allah swt, kita mengagungkan dan mensucikanNya dari segala sifat kekurangan : Dia tida serupa dengan sesuatu apapun. Adapun mengenal sifat-sifatNya iaitu : Dia Maha Kuasa, Maha Berkehendak, Maha Mengetahui, Hidup, Mendengar, Melihat dan Berbicara.

3. Dialah Khalik alam semesta dan Penciptanya dan Dialah Yang meninggikan langit dan membentangkan bumi.

4. Menjelaskan tempat kembali manusia seperti : syurga sebagai tempat pahala, neraka sebagai tempat siksa.

5. Menjelaskan Siratal Mustaqim (jalan yang lurus) dengan meninggalkan segala perbuatan yang tercela dan segala perbuatan yang tercela dan segala perangai yang rendah.

6. Menghiasi diri dengan segala perbuatan yang mulia dan segala sifat yang utama.

7. Menjelaskan orang-orang yang telah dianugerahi nikmat atas mereka dan memuji mereka itu.

8. Menerangkan (akibat) orang-orang yang zalim, orang-orang yang melanggar hukum-hukum agama dan orang-orang yang kafir.

9. Menyebutkan perbantahan orang-orang kafir.

10. Menerangkan undang-undang hukum Allah.

Inilah semuanya ilmu-ilmu yang tersebut di dalam Al Quran dan lapan diantaranya telah tercakup di dalam surah Al Fatihah. Demikian pandangan Imam Al Ghazali.

Untuk jelasnya adalah sebagai berikut :
1. Zat Allah swt yang tercantum dalam kalimah : ( Bismillahi) = Dengan nama Allah

2. Sifat-sifat Allah dalam kalimah :
(Arrahmaanirrahimi Malikiyaumiddiini) = Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Yang menguasai hari Pembalasan.

Bahawasanya sifat Rahmah (Pengasih dan Penyayang) dan kekuasaan itu, keduanya menghendaki adanya Qudrat (sifat Maha Kuasa), Iradah (Maha Berkehendak) dan Ilmu (Maha Mengetahui). Itulah diantara sifat-sifat Allah yang tercantum didalam kebanyakan surah didalam Al Quran seperti firmanNya : ” Almalikul kudduusussalamul mu’minullmuhaeminul ‘aziizul jabbarul mutakabbiru. Yang Ertinya : “Dia Maha Raja Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Menganugerahkan Keamanan Yang Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Agung. Q. S Al-Hasyr : 23

3 Ilmul af’al (ilmu perbuatan Allah) iaitu : ilmu yang telah kami huraikan dahulu yang tercakup dalam firmanNya : Rabbil’alamiina = Yang Memelihara Semesta Alam.

Dan tersirat di dalamnya berbagai macam ilmu dan kami telah jelaskan bahawa alam itu ada dua macam : alam tinggi dan alam rendah ; Pada kedua alam tersebutlah berhubungan berbagai macam ilmu pengetahuan dan teknologi kerana semuanya itu adalah “Af’alullah” (Perbuatan Allah) yang masuk didalam pengaruh rahmat dan pendidikanNya bagi semesta alam. Bahawasanya ilmu pasti dan ilmu pengetahuan alam yang keduanya telah masuk di dalam “Tarbiayatul ‘alamin” (Pendidikan semesta alam) keduanya diikuti lagi oleh berbagai ilmu teknik yang diantaranya seperti : alat pengukur waktu (jam dan sebagainya), ilmu tentang mesin penggerak (penarik benda yang berat) seperti : lokomotif dan sebagainya, ilmu penggerudi air dan minyak, ilmu tentang alat-alat persenjataan yang berat seperti : roket meriam dan sebagainya.

Ilmu tentang gas beracun dsb. Ilmu-ilmu itulah yang menggugah bangsa-bangsa yang masih tidur dan membangunkan bangsa-bangsa Timur (Asia) dari tidur nyenyak mereka. Semuanya ini termasuk di antara keajaiban pendidikan. Demikian juga ilmu pembuatan senjata berat seperti meriam yang dapat menghancurkan orang-orang yang lalai. Ilmu tentang alat pembakar, ilmu tentang alat pembakar, ilmu untuk bangunan perumahan yang kuat; ilmu pembuatan (menggali) terusan (sungai); ilmu tentang juluran dalam bentuk dan letaknya; ilmu gaya gravitasi; ilmu ukur ruang; ilmu kedoktoran dan ilmu pertanian. Kedua ilmu terakhir ini (Kedoktoran dan pertanian) termasuk dalam lingkungan ilmu pengetahuan alam, sedangkan ilmu-ilmu sebelumnya termasuk dalam lingkungan ilmu pasti (matematika) dan semuanya itu terkandung di dalam. Tarbiayatul ‘alamin Ertinya : “Pendidikan Alam Semesta”

Ketahuilah bahawa semua industri yang telah ada sekarang mahupun yang akan datang semuanya bersumber dari benda-benda yang telah ada (diciptakan Allah) di dunia ini.

4. Keterangan tentang hari akhirat yang meliputi syurga, neraka, kenikmatan dan kesengsaraan, pahala dan siksa. Al Quran telah membuat segala keterangan mengenai hal tersebut dan semunya itu termasuk di dalam ayat : Maliki yaumiddiini. Ertinya : “Yang memiliki hari pembalasan (hari kemudian).”

5 & 6. Keterangan tentang siratal mustaqim (jalam yang lurus) ini ada dua bahagian :
a. Meninggalkan kesesatan, kefasikan dan berbagai maksiat seperti : bohong, khianat, khianat dan zina.

6. Menghiasi diri dengan dengan segala akhlak yang mulia seperti sifat-sifat mulia, ilmu pengetahuan, tolong-menolong, menyebarkan ilmu dan sebagainya.

7. Keterangan tentang sejarah para Nabi, orang-orang yang sholeh, orang-orang mukmin dan intelektual, semuanya ini termasuk dalam ayat : Allaziina an’amta ‘alaihim Ertinya : “Orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat atas mereka”.

8. Cerita orang-orang yang telah dimurkai dan orang-orang yang sesat. Di dalam Al Quran banyak tersebut cerita tentang orang-orang yang sesat dan sejarah tingkah laku dan perbuatan mereka yang membawa kepada kehancuran dan kebinasaan. Itulah berbagai ilmu yang terkandung di dalam Al Quran dan telah tersirat di dalam surah Al Fatihah.

Membersihkan hati dengan membaca al-Quran

Monday, May 25th, 2009

BAGAIMANA hendak membersihkan hati yang kotor? Dalam hal ini, Rasulullah saw pernah bersabda maksudnya: “Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi.”

Lalu orang bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkanya?”

Jawab Rasulullah: “Membaca al-Quran dan mengingati mati.” Membaca al-Quran dijelaskan di sini bagi membersihkan kekotoran di jantung yang didatangkan syaitan mengikut saluran darah.

Sabda Rasulullah lagi bermaksud: “Tiadalah antara yang memberi syafaat yang lebih utama kedudukannya pada Allah daripada al-Quran.

Tidak nabi, tiada malaikat dan tidak lainnya.”

Baginda bersabda lagi: “Yang terbaik daripada kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”.

Amalkan membaca al-Quran pada malam, terutama malam Jumaat dan malam-malam awal, pertengahan dan akhir bulan. Seperti yang diriwayatkan, al-Quran itu ada jantungnya seperti manusia yang mempunyai jantung dalam dirinya.

Yang dimaksudkan dengan jantung al-Quran ialah surah Yasin.

Justeru, hikmat membaca Yasin pada malam Jumaat, pada malam bulan Ramadan dan pada subuh menjelang hari raya adalah terlalu besar serta diampunkan dosanya.

Sabda Rasulullah: “Jantung al-Quran adalah surah Yasin. Tidaklah dibaca akan dia oleh seorang melainkan menghendaki keredaan Allah dan keselamatan pada hari akhirat dan Allah mengampuni dosanya.”

Ayat terbesar dan digelar raja segala ayat dalam al-Quran ialah ayat Kursi.

Hadis Nabi: “Sebesar-besar ayat di kitab Allah ialah ayat Kursi.

“Ada satu ayat yang menjadi penghulu daripada segala ayat.

“Jika dibaca ayat itu dalam sebuah rumah, sedangkan di dalamnya ada syaitan, maka keluarlah syaitan itu dari rumah itu.

“Ayat itu ialah ayat Kursi.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Firman Allah bermaksud: “Tidak akan diseksa hati yang terbendung dalamnya ayat-ayat suci al-Quran pada akhirat nanti.”

http://www.raudhah.net/

Haram Dedah Aurat Baca Al-Quran

Saturday, May 23rd, 2009

SOALAN
APA hukumnya membaca al-Quran tanpa menutup aurat?

JAWAPAN: Hukumnya haram. Untuk membaca al-Quran itu sekalipun mesti dengan mengangkat hadas kecil dan besar, inikan pula membacanya dengan membuka aurat.

Al-Quran dibawa oleh malaikat yang suci daripada Allah dari lapisan langit yang pertama. Membaca al-Quran adalah ibadat, maka ibadat itu mestilah dilakukan dalam keadaan menutup aurat.

Ini kerana kebanyakan ibadat dalam Islam menuntut kita supaya menutup aurat, termasuklah amalan yang wajib dan sunat. Jika seseorang itu ingin menunaikan solat fardu, maka wajib dia menutup aurat. Ini bermakna solat sunat juga diwajibkan menutup aurat.

Yang kedua, kita perlu ingat ketika membaca al-Quran si pembaca sedang berinteraksi dengan kalam Allah s.w.t., sedang meneliti perintah-perintahnya serta larangan-larangannya. Justeru mestilah memelihara kesopanan ketika menatap kalam Allah.

Boleh dikira semua ibadat yang khusus dalam Islam dituntut supaya ketika melakukannya dalam keadaan menutup aurat. Di sini ada beberapa perkara yang perlu dipelihara ketika membaca al-Quran supaya maksud tarbiyah melalui bacaan dapat dicapai oleh pembaca:

Adab secara batiniah

* Ambil wuduk dan kemudian duduk menghadap kiblat dengan cara yang penuh sopan.

* Jangan membaca terlalu pantas tetapi bacalah dengan teratur dan betul tentang penyebutnya.

* Cuba berusaha untuk menangis walaupun anda terpaksa memaksa diri anda untuk melakukannya.

* Tindakbalas terhadap ayat rahmat (keampunan) atau azab hendaklah seperti yang telah diterangkan di atas .

* Bacaan hendaklah dilakukan dengan perlahan jika didapati diri anda tidak ikhlas ataupun akan menyebabkan gangguan terhadap orang lain. Jika tidak, bacalah dengan suara yang kuat.

* Bacalah dengan suara yang merdu kerana banyak hadis yang menekankan tentang amalan ini.

Adab secara lahiriah

* Hati kita hendaklah penuh dengan rasa keagungan al-Quran dan menyedari tentang kemuliaannya.

* Hendaklah merasakan di dalam hati bagaimana Maha Halus Maha Agungnya dan Maha Gemilangnya Allah Yang Maha Berkuasa kerana al-Quran ini adalah wahyu daripada-Nya .

* Hati kita mestilah bebas daripada gangguan dan keraguan.

* Selamilah maksudnya dan perolehilah kenikmatan daripada bacaan kita.

Rahsia Surah Al-Kautsar

Friday, May 22nd, 2009

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Categories
Hadis

Nabi s.a.w bersabda: “Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku – sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya – melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya.” — Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a

StatPress
Visits today: 41
Total Visits: 14821
Since 13 Mac 2009