Archive for the ‘Doa’ Category

DOA PARA RASUL UNTUK ANAK-ANAK

Monday, April 6th, 2009

1) Doa Nabi Ibrahim untuk dirinya dan keturunannya :

(( ربي اجعلنى مقيم الصلاة ومن زريتى ربنا وتقبل دعاء ))

“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang tetap mendirikan sembahyang, juga keturunanku, wahai Tuhan kami, terimalah permohonan ini”(Ibrahim:40)

2) Doa Nabi Ibrahim untuk dirinya dan Puteranya :

(( ربنا واجعلنا مسلمين لك ومن ذريتنا أمة مسلمة لك ))

“Wahai Tuhan kami,jadikanlah kami berdua orang yang menyerah diri(patuh) kepadaMu,dan jadikanlah antara keturunan kami umat yang mematuhiMu” (Al-Baqarah :128)

3) Doa Nabi Zakariya bila memperoleh cahaya matanya Yahya :

(( واجعله رب رضيا ))

“Dan jadikanlah dia, wahai Tuhanku, seorang yang diredhai (Engkau)”(Maryam:6)

4) Doa Nabi Zakariya untuk Keturunannya :

(( رب هبلى من لدنك ذرية طيبة إنك سميع الدعاء ))

“Wahai Tuhanku,kurniakanlah bagiku drpd sisiMu suatu keturunan yang baik-bertaqwa,ssgghnya Engkau amat mendengar permohonan ini” (Ali-Imran:38)

Categories
Hadis

Dari Ibn Abbas r.a katanya: “Diantara adab peraturan yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w ialah: Memendekkan masa duduk dan mengurangkan bising semasa melawat orang sakit.” Ibn Abbas berkata lagi: “Rasulullah s.a.w bersabda ketika sahabat-sahabat banyak membuat bising dan berselisih pendapat (semasa mereka melawat Baginda yang sedang gering): “Bangunlah kamu semua tinggalkan daku!”. — Ibn Abbas r.a

StatPress
Visits today: 41
Total Visits: 14821
Since 13 Mac 2009